Apa yang saya tahu, sejak dulu apabila dengar tentang spa, saya akan terbayang proses perawatan ala2 kat Bali , padahal tak pernah sampai ke Bali pun.
Suasana perawatan tu mesti di tempat yang nyaman, ada angin sepoi-sepoi bahasa, ada bunyi air mengalir dan alunan muzik lembut. Suasana lampu yang malap dan mendamaikan.
Rupanya ada makna dalam perkataan SPA itu sendiri. Apabila saya mula penulisan blog saya berkaitan spa di blog rasmi saya haniismail.com , barulah saya buat banyak pembacaan tentang SPA.
Tahu tak anda, SPA adalah singkatan untuk perkataan 'Solus Per Aqua'. Maksudnya penyembuhan dengan terapi air. Ini adalah bahasa Latin. Konsep perawatan ini katanya berasal dari Rom sejak tahun 400SM iatu di zaman Hipokrates. Oh ! Rasa macam saya nak buat pembacaan semula tentang zaman hipokrates. Dulu-dulu belajar sejarah tapi tak melihat sisi lain pada zaman itu iaitu tentang SPA. Ye lah, tak masuk peperiksaan kan. Yang kita baca hanya tentang pemerintahan saja.
Di Rom ketika itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh tentera yang nak merehatkan badan dan merawat tubuh badan mereka selepas kepenatan dan mengalami kecederaan dan luka selepas perang.
Ada yang menceritakan yang SPA tertua ini masih wujud di Merano, Itali
Ini hasil carian saya di google.
Merano ni terkenal dengan sejarah Thermal Bath iaitu mandian air panas. Kalau teruskan pembacaan , makin banyak informasi yang akan kita dapat berkaitan sejarah spa di Italy ni.
Kebanyak spa di Eropah dikelilingi pemandangan yang sangat indah berlatarbelakang gunung dan tasik
Di Asia, ia mula mendapat sambutan dengan pesatnya. Kunjungan ke tempat-tempat kolam air panas semulajadi untuk berehat juga menjadi amalan dan dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
Tapi di era baru, SPA ini semakin meluas dan melalui pelbagai evolusi. Ia dah berubah danberkembang menjadi pusat rawatan untuk kesihatan dan kecantikan juga untuk berehat dan relax dari kesibukan dan kepenatan. Ia melibatkan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki. Hampir tiada melibatkan penggunaan perawatan air panas yang merupakan asas kepada kewujudan spa
No comments:
Post a Comment