Thursday, October 11, 2018

Ulasan Ebook Nota Buat Emak

Nota Buat Emak seolah-olah diari emak yang ditulis oleh seorang anak yang sangat kasihkan ibunya.  Puan Azwa merakamkan detik kenangan beliau dan ibunya dengan penuh perasaan sehingga kita dapat membayangkan rasa sedih, rasa bahagia, rasa kasih sayang dan macam-macam rasa yanga da dalam hati sanubari seorang ibu.

Puan Azwa menceritakan aktiviti yang dulu-dulunya menjadi ruang untuk ibu-ibu yang menjadi surirumah tangga mendapatkan sedikit ruang di luar.  Kisah ibu Puan Azwa begitu minat menyertai pertandingan gubaha mengimbau suasana semasa saya kecil dulu dimana selalu juga diadakan aktiviti sebegini di kampung

Ebook Nota Buat Emak boleh dijadikan satu ingatan kepada  anak-anak untuk mengingati dan merindui saat masa yang ada bersama ibu yang kasihnya tidak berbelah bagi hingga ke syurga.

Ulasan Ebook Motivasi AlQuran

Sangat kagum dengan semangat Puan Nazliana dalam beramal dengan AlQuran.  Walaupun beliau bukan dari latarbelakang agama.  Usaha beliau selama 2 tahun mendalami AlQuran akan menambah keyakinan pembaca untuk turut sama belajar mendalami AlQuran kerana beliau sendiri telah menunjukkan contoh yang terbaik.

Sangat ramai orang ada keinginan untuk mendalami AlQuran , tetapi tidak cukup kuat untuk melalui tempoh belajar apabila turut disibukkan dengan bermacam urusan. 

Konsep yang beliau ketengahkan menjadi AlQuran sebagai teman karib amat sesuai kerana AlQuran lah peneman kita di alam kubur nanti. Konsep ini dibawakan agar ia mewujudkan rasa rindu bila tidak membaca.  Satu konsep yang tak pernah saya terfikir.  Sangat sesuai untuk ibu ayah juga agar boleh sama-sama kita manfaat kan kepada anak-anak untuk bersahabat dengan AlQuran

Ulasan Ebook Anakku, Perjalanan Masih Jauh

Saya sebenarnya tidak kuat kalau nak membaca dan mengulas  buku tentang kisah berkaitan anak. Puan Ida Kamilia, seorang ibu yang sangat cekal, insan terpilih yang Allah sendiri pilih. Belum membaca keseluruhan buku ini, airmata saya bergenang. Besarnya dugaan ibu ayah ketika Aina tantrum dan ibu ayah tak cukup tidur. Memang perlu kesabaran dan kasih sayang yang kuat antara suami isteri untuk menghadapi semua ini.

Penulisan Puan Ida Kamilia tentang Hanya Satu begitu memberi kesan dan keinsafan dan boleh menyentuh hati ibu ayah yang membaca, kerana dalam beribu sperma, Allah nak bagi kita anak yang satu itu untuk lihat betapa amanahnya kita menjaga amanah Allah pada kita.

Saya sangat pasti, ibu-ibu terutamanya yang kadang-kadang hilang kesabaran dalam menangani kerenah anak, akan lebih rasa bersyukur apabila membaca buku ini.  Dugaan membesarkan anak pada zaman serba mencabar ini perlu kekuatan dan ibu-ibu perku banyak membaca dan berkongsi untuk melaluinya dengan tabah.

Moga tulisan Puan Ida Kamilia dapat memberi manfaat kepada ramai orang yang dahagakan ilmu keibubapaan diluar sana.


Ulasan Ebook Bagaimana Memulakan Bisnes Tudung Kecilan

Membaca buku tulisan Puan Fadzilah membuatkan saya mengimbau ketika saya juga buat bisnes tudung dan pakaian. Walaupun saya hanya menjual tudung bawal dirumah , memang seronok bila akaun bank bertambah. Tapi saya tidak lama dalam bisnes tudung

Kegigihan beliau bermula susah payah, berniaga di ruang pasaraya dengan membawa anak kecil pula.

Berniaga dengan membuka kedai memang perlu komitmen tinggi dan tak semua orang mampu mengurus perniagaan sedemikian, kecuali bagi mereka yang benar-benar komited, Puan Fadzilah mengharungi kesusahan dan keperitan ini dan bagi saya beliau sememangnya berani berdepan risiko.

Nilai sentimental terhadap bisnes menarik perhatian saya, bagaimana beliau begitu tekad untuk jual bisnes di Kelantan dan buka kedai di Jalan TAR.

Perkongsian beliau tentang tips untuk pemasaran bisnes tudung begitu terperinci dalam perkongsian beliau untuk tajuk tudung sekolah dan  bagaimana menjadi ejen dropship bisnes tudung dan  asas bisnes secara online.

Bagi mereka yang stuck dalam bisnes, sangat sesuai merujuk buku ini untuk tips mengurus kewangan dan juga sudah tersedia semua perincian tentang tips mencari pemborong-pemborong mengikut jenis tudung yang nak diniagakan. Ramai wanita mengimpikan bekerja sendiri dari rumah dan tidak terikat makan gaji wajib mendapatkan buku ini sebagai asas untuk bermula kerana Puan Fadzilah dah kongsikan segala halangan dan dugaan yang beliau lalui sebagai panduan buat anda

Ulasan Ebook Bangkit Selepas Bercerai

Bagi saya Puan Begum Irdawaty seorang yang sangat berani menulis tentang kisah perceraian beliau.

Walaupun beliau pilih untuk bercerai, tetapi dia menasihati wanita yang diambang perceraian membuat keputusan dengan betul.

Saya terpukul membaca tentang rasa sebenar orang yang mengalami perceraian apabila beliau tulis "sakitnya, malunya, penatnya, pilunya, sedihnya, hampanya, kecewanya sama seperti kehilangan sebelah kaki dan sebelah tangan"

Terasa sangat sedih membacanya.
Ia membuat saya lebih empati kepada rakan2 yang terpaksa melalui situasi ini