Thursday, October 11, 2018

Ulasan Ebook Bagaimana Memulakan Bisnes Tudung Kecilan

Membaca buku tulisan Puan Fadzilah membuatkan saya mengimbau ketika saya juga buat bisnes tudung dan pakaian. Walaupun saya hanya menjual tudung bawal dirumah , memang seronok bila akaun bank bertambah. Tapi saya tidak lama dalam bisnes tudung

Kegigihan beliau bermula susah payah, berniaga di ruang pasaraya dengan membawa anak kecil pula.

Berniaga dengan membuka kedai memang perlu komitmen tinggi dan tak semua orang mampu mengurus perniagaan sedemikian, kecuali bagi mereka yang benar-benar komited, Puan Fadzilah mengharungi kesusahan dan keperitan ini dan bagi saya beliau sememangnya berani berdepan risiko.

Nilai sentimental terhadap bisnes menarik perhatian saya, bagaimana beliau begitu tekad untuk jual bisnes di Kelantan dan buka kedai di Jalan TAR.

Perkongsian beliau tentang tips untuk pemasaran bisnes tudung begitu terperinci dalam perkongsian beliau untuk tajuk tudung sekolah dan  bagaimana menjadi ejen dropship bisnes tudung dan  asas bisnes secara online.

Bagi mereka yang stuck dalam bisnes, sangat sesuai merujuk buku ini untuk tips mengurus kewangan dan juga sudah tersedia semua perincian tentang tips mencari pemborong-pemborong mengikut jenis tudung yang nak diniagakan. Ramai wanita mengimpikan bekerja sendiri dari rumah dan tidak terikat makan gaji wajib mendapatkan buku ini sebagai asas untuk bermula kerana Puan Fadzilah dah kongsikan segala halangan dan dugaan yang beliau lalui sebagai panduan buat anda

No comments:

Post a Comment