Pusat rawatan spa ni dah lama wujud di negara kita. Saya ingat lagi pada tahun 1999 , saya rajin ke pusat spa. Masa tu masih belajar lagi. Tak ingat siapa yang mempengaruhi saya untuk ke pusat spa.
Yang saya ingat, selepas buat rawatan spa beberapa kali, muka saya jadi berjerawat. Sampai saya putus asa nak berubat.
Kemudian pada tahun 2015, saya dah sertai bisnes Shaklee. Masa ni memang kesedaran saya tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan berubah 200%
Saya sangat alert dengan ubat ubatan dan bahan yang digunakan dalan skincare
Kemudian, pada tahun 2017, saya sertai projek spa The Walking Beauty yang mana kami gunakan produk Shaklee yang menjamin semua produknya adalah Selamat, Berkesan & Mesra Alam (semulajadi)
Saya sangat suka konsep dan falsafah syarikat ini. Dan yang seronok lagi, buat spa dengan produk yang dah dikenali ramai lebih mudah untuk kita buat pemasaran
Hasil spa juga dapat banyak feedback positif dari pelanggan dan ramai rakan dan team spa saya mudah dapat pelanggan ulangan
Untuk buat home atau mobile spa, anda boleh guna produk yang anda guna sendiri saja. Anda boleh guna apa saja produk yang anda pilih tetapi pastikan anda semak semula bahan-bahan dibdalannya
Elakkan sama sekali menggunakan produk yang anda ketahui ia adalah produk:
- produk yang ada bahan kimia berbahaya, boleh semak di web KKM
- produk buatan sendiri
- produk baharu yang masih belum ada maklumbalas pelanggan
Pilih produk yang dikeluarkan syarikat yang kukuh dan telah lama beroperasi.
Anda perlu berhati- hati dengan syarikat yang masih baru. Kerana ada antara yang akan buat pembungkusan dan penjenamaan semula apabila produk telah mendapat makumbalas negatif dari pelanggan.
Strateginya, apabila produk bermasalah atau tak berkesan, mereka dah rancang untuk ubah jenama, pembungkusan dan buat semula promosi pemasaran besar besaran.
Berbeza dengan syarikat yang dah lama , yang kukuh dan yang memang komited jaga kepentingan pelanggan
Saya sangat suka Shaklee dalan dalan konteks ini. Ini kerana apabila ada komen dari pelanggan, pakar nutrisi dan juga saintis Shaklee akan jawab persoalan tersebut.
Jadi, ingat ! Pemilihan produk untuk kegunaan spa anda.
No comments:
Post a Comment