Thursday, September 20, 2018

Memaksimumkan Penggunaan Peralatan

Senarai peralatan telah disediakan.  Tinggal lagi nak keluarkan wang dan membuat tempahan barang-barang ataupun pergi ke pusat-pusat jualan barangan spa.

Tetapi, suka saya nak kongsikan, apabila kita nak mula bisnes, sebaiknya kita cuba jimatkan penggunaan modal untuk peralatan.  Walaupun belum lengkap sepenuhnya, ada peralatan yang asas pun, kita dah boleh mula bisnes.

Saya selalu berhadapan dengan peserta yang bertangguh untuk memulakan bisnes sebab nak semua lengkap.  Nasihat saya, apa saja yang kita dah ada, kita mula kan saja. Lepas tu insyaallah satu persatu peralatan bisnes anda akan bertambah.

Saya beri beberapa contoh cara memaksimumkan penggunaan peralatan terutama peralatan sedia ada dirumah

1. Gunakan ruang bilik yang tidak digunakan di rumah dan buat hiasan ringkas bersih dan menarik pada kos yang minima

2. Gunakan katil sediada di rumah atau guna toto. Yang penting hias ala-ala pusat spa

3. Untuk mandian susu boleh gunakan cara jirusan dari baldi jika belum sedia beli bathtub

4. Untuk sauna bagi yang belum ada kebuk sauna, boleh lakukan seperti cara bertangas dengan memakai sarung kain batik yang dijerut di bahagian leher

Pendek kata, gunakan apa saja yang ada dahulu untuk mulakan bisnes spa. 

Jenis-jenis Peralatan Mengikut Rawatan

Mari kita sama-sama lihat apakah peralatan dan keperluan bisnes spa mengikut keperluan rawatan.  


Rawatan Wajah
Rawatan wajah selalunya merangkumi langkah- langkah mencuci mekap dan sediakan kulit untuk facial, mencuci dengan pencuci muka, membuat skrub, mengeluarkan blackhead whitehead, stim, masker dan sapuan penyegar, pelembap, serum dan sebagainya. Juga urutan untuk lifting

Jadi peralatan bagi setiap langkah tersebut perlu anda senaraikan

Mencuci mekap - makeup remover, span, mangkuk air
Mencuci - pencuci muka
Steam - alat steamer portable atau yang ada stand
Skrub - bahan untuk skrub. Elakkan yang ada micribeads
Blackhead /whitehead - penyedut, besi
Masker - bahan masker, bahan-bahan semulajadi, gauze, berus dan mangkuk
Penyegar - penyegar dan tisu muka
Pelembap/serum - ion massager
Kelengkapan seperti katil, set alas dan selimut .


Rawatan Badan
Rawatan badan selalunya ada beberapa jenis iaitu sauna, skrub dan lulur, urutan , bersauna dan mandian susu atau rempah

Antara bahan dan peralatan yang diperlukan

Sauna - kebuk sauna dilengkapi periuk, bahan herba, resepi bahan sauna
Skrub  dan lulur - bahan skrub, alas , persalinan kain batik 
Urutan - minyak urutan
Mandian susu - bath tub/baldi dan gayung, bahan madian susu, bunga-bunga segar


Rawatan Kaki & Tangan  
Rawatan kaki dan tangan juga ada beberapa kategori iaitu 
Untuk tangan  ada manicure, spa tangan dan mewarna atau menghias kuku
Untuk kaki ada pedicure dan spa kaki

Keperluan untuk rawatan-rawatan ini adalah,

Manicure - kelengkapan manicure termasuk krim pelwembut, besin rendaman garam bukit

Spa tangan - mangkuk air dan rendaman garam bukit serta bunga-bunga segar

Pedicure - kelengkapan pedicure, besin rendaman garam bukit dan bunga-bunga segar

Spa kaki - bekas rendaman kaki dengan garam bukit, bahan skrub, alat untuk membuang sel kulit mati

Dimana Dapatkan Peralatan Spa

Apabila nak buka sesuatu bisnes, kita pasti akan membuat survey dimanakah kita boleh dapat peralatan spa yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik dan sesuia untuk bisnes spa kita.  Paling penting kita nak dapatkan pada harga yang berbaloi supaya keuntungan dapat dilipatgandakan.

Pertimbangan Sebelum Mencari Peralatan Spa
Ada beberapa perkara perlu anda fikir sebelum membeli peralatan spa

- Tentukan konsep bisnes spa samada buka kedai atau mobile dan home spa
- lihat pakej belajar spa, pilih kursus yang lengkap peralatan untuk mula bisnes spa
- Lihat beberapa profail peserta yang pernah menyertai kursus di tempat berkenaan


Cadangan Dari Pemberi Latihan
Sekiranya anda telah menyertai kursus, biasanya pemberi latihan mempunyai pembekal-pembekal barangan spa ini.

Pastikan juga anda mendapat panduan dari mereka berkenaan jenis, model, kualiti dan harga yang berpatutan.

Pastikan anda minta senarai pembekal dari trainer anda semasa berkursus dan terus hubungi pembekal. Supaya sebarang cadangan dari pembekal boleh dirujuk terus kepada trainer anda.

Selepas kursus, terus beli . Sekiranya tidak anda akan bertangguh dan lambat mulakan bisnes anda.


Disediakan Lengkap Oleh Pemberi Latihan
Yang paling terbaik adalah sertai kursus yang bersekali pakej lengkap peralatan.  Ini kerana walaupun trainer anda berikan senarai barang, senarai pembekal, anda akan ambil masa yang lama untuk mengumpul semua alat dan kelengkapan spa. Akhirnya semangat yang berkobar terus padam

Tuesday, September 18, 2018

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil

Mengurus kewangan adalah wajib bagi semua pemilik bisnes.  Ini supaya kita dapat pergi lebih jauh lagi dalam bisnes yang kita sedang buat.

Bagi anda yang dah lama berbisnes, tentu anda sudah sedia maklum tentang tanggungjawab ini, tinggal lagi anda amalkan atau tidak saja.

Beberapa panduan mudah yang kita semua boleh lakukan dan buat persediaan sebelum anda semua nak mulakan bisnes spa adalah seperti berikut:

1.  Tabiat
Sangat penting bagi anda yang nak mula bisnes untuk menjaga tabiat menjaga kewangan.  Tabiat orang yang tak berniaga kebiasaannya tidak begitu mengwal kewangan, Perbelanjaan tidak dicatit, duit masuk keluar tidak diambil kira. 

Tetapi bagi orang bisnes, sangat penting untuk anda tulis semua yang anda lakukan. Jangan congak2 dalam kepala sahaja. Jika kita mampu kawal duit, kita juga akan mampu kawal perniagaan.

2.  Asingkan akaun peribadi dan akaun bisnes
Duit yang kita dapat dari bisnes bukan untuk kita beli barangan harian kita.  Ia perlu masuk dalam akaun bisnes.  Kita boleh gunakan duit bisnes melalui perolehan gaji kita sebagai pemilik bisnes secara sistematik.  Memang agak sukar bagi kita yang urus semua urusan jual beli dan akaun bisnes.  Asyik guna dulu lah.  Ini yang bahaya kepada bisnes kita.

Kita umpama perompak bisnes kita sendiri.

3.  Rekodkan semua perbelanjaan  termasuk jualan
Sangat penting untuk kita kumpul semua resit-resit dan tampal di kertas A4, kemudia buat salinan dan masukkan dalam fail.

Kita juga perlu wujudkan payment voucher untuk urusan membayar menggunakan duit syarikat walaupun kita bisnes sendiri. Perkara ini memang perlu disiplin yang kuat.


4.  Kita perlu memahami dengan jelas corak aliran kewangan bulanan kita. Perlu belajar dengan terperinci tentang jualan, kos jualan, untung kasar, kos perniagaan tetap dan untung bersih.  Buat perbandingan bulanan untuk tahu tentang progres bisnes

5. Bayar gaji sendiri
Bayar gaji anda sendiri dengan cara yang betul.  Walaupun bermula dengan jumlah yang sedikit.

6. Bayaran zakat dan cukai
Anda mestilah jadi seorang rakyat yang bertanggungjawab.  Borang efiling wajib anda isi walaupun anda rasa bisnes anda belum layak bayar cukai.  Sebenarnya ramai sangat orang bisnes yang tak ambil kisah tentang perkara ni, bila dah kena bayar denda puluh ribu baharulah kelam kabut.

Selain itu, zakat perlu diutamakan. mesti buat dengan sistematik. 

Kemahiran Mengurus Sumber

Saya mengkagumi orang bisnes yang mampu menguruskan perniagaan yang besar, mempunyai pekerja yang ramai dan aset syarikat yang banyak.

Banyak sumber yang perlu diurus dengan cekap.  Tanggungjawab juga sangat besar.
Seperti yang anda sedia maklum, saya tidak mempunyai pekerja, saya menjalankan bisnes spa saya sendirian tetapi saya masih mempunyai networking bisnes.

Saya mempunyai ejen spa diseluruh Malaysia.  jadi pengurusan sumber saya lebih minima dan memudahkan saya.

Kenapa saya tidak mahu membuka salon dan menggaji pekerja, telah saya ceritakan dalam penulisan sebelum ini.  Saya akan ceritakan tentang cara saya menguruskan spa saya dengan ramai ejen spa seluruh Malaysia di bab pemasaran nanti.

Kali ini , saya nak bawakan anda untuk menghalusi tugas-tugas pengurusan dalam bisnes spa, tidak kira anda nak buka salon atau nak buat bisnes seperti saya sahaja.


Pengurusan Sumber Manusia
Jika membuka salon, anda perlu sekurang-kurangnya 3 orang pekerja.  Seorang untuk bantu anda dalam pengurusan kedai seperti mengatur temujanji, menyemak dan menyusun stok, mengurus akaun dan lain-lain.  2 orang sebagai spa terapis.

Pengurusan Peralatan dan Mesin
Bagi yang berhasrat membuka spa, anda perlu ada beberapa set peralatan seperti

Katil
Steamer stand
Lampu
Sauna
Bath tub
Peralatan-peralatan kecil

Perlu penjagaan yang baik bagi memastikan ia diguna sebaiknya

Pengurusan Bahan
Bahan-bahan dan stok bisnes spa perlu diurus dengan baik, bermula dari anda membeli, menyusun dan yang penting rancang penggunaan stok ini dengan baik supaya anda dapat keuntungan maksimum dari bahan yang dibeli

Apakah dia bahan yang nak diurus?
Untuk Facial - Pencuci muka, bahan skrub, bahan penyegar, bahan masker
Untuk Rawatan Badan - Bahan untuk sauna, bahan untuk mandian susu

Anda juga perlu pastikan stok ini tidak luput tarikh

Pengurusan SOP Bisnes
Ini adalah bahagian yang paling penting juga dalam bisnes spa anda
JIka anda membuka salon, lebih besar SOP anda dan banyak perkara perlu dipertimbangkan

Berbeza jika anda hanya buat bisnes spa tanpa kedai, ia sangat mudah dan simple.

Produk dan Servis Terbaik

Pemasaran yang baik saja tidak  akan berjaya jika produk dan servis yang ditawarkan tidak berkualiti.  Produk dan servis yang berkualiti pula tidak akan laris kalau tiada perancangan pemasaran yang bagus

Apabila anda nak memulakan bisnes spa anda, dua perkara ini kedua-duanya ada dalam perkhidmatan spa.  Anda ada produk yang akan digunakan untuk anda menjalan servis spa anda.

Produk Untuk Kegunaan Spa

JIka anda pergi ke pusat spa, adakah anda pernah tanya bahan apa yang digunakan untuk mandian susu, produk jenama apa yang digunakan untuk facial muka anda.  Boleh dikatakan kedai spa ni ada beberapa standard.

i. Spa yang ekslusif hanya menggunakan produk keluaran syarikat tertentu yang ada jenama seperti .

ii. Spa tahap sederhana yang banyak terdapat di Malaysia yang menggunakan produk yang dijual di kedai-kedai pembekal bahan spa.  Adakah anda yakin tentang ciri-ciri  produk yang dijual di kedai borong barangan spa ini.  Ada bermacam jenama dan secara keseluruhannya ia produk repack

iii. Spa yang menggunakan produk buatan sendiri dan  produk timbang kilo

Jadi, kita kena pastikan produk bagaimana yang pengguna suka dan menjadi pilihan.  Pelanggan sekarang dah semakin berpengetahuan tentang kepentingan memilih produk penjagaan wajah yang betul-betul selamat dan berkesan.

Perlu pastikan ini terlebih dahulu supaya anda lebih yakin untuk melancarkan pemasaran produk dan servis anda.


Servis Spa
Perkhidmatan yang anda tawarkan mestilah jelas, memenuhi kehendak pelanggan, ada kelainan berbanding spa lain.

Perlu juga ada kreativiti dalam menawarkan servis untuk menarik pelanggan melalui pemasaran yang dibuat. 

Pemasaran Dalam Bisnes Spa

Jika anda pernah menjalankan perniagaan dan pernah menghadiri kursus-kursus bisnes dari pakar-pakar bisnes, hampir semua mereka menyebut-nyebut prinsip berniaga adalah kita bantu selesaikan masalah orang.

Apabila kita niatkan perniagaan yang kita jalankan adalah untuk bantu selesaikan masalah ramai orang, insyallah perjalanan bisnes kita akan jadi lebih mudah.

Perniagaan yang mendapat sambutan adalah perniagaan yang dapat selesaikan masalah ramai orang. Ingat tu.

Oleh itu, apa yang dimaksudkan dengan pemasaran dalam konteks bisnes yang nak kita jalankan ni :
i.  Kita  tawarkan perkhidmatan spa yang mampu memenuhi apa yang pelanggan mahu
ii. Kita mesti beri servis yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan sehingga mereka berminat untuk membuat ulangan
iii. Pemasaran yang kita buat mesti dapat meningkatkan prestasi dan permintaan servis yang kita tawarkan
iv. Pemasaran yang kita buat  dapat meningkatkan keuntungan dan perniagaan bertambah maju


Bagi memastikan pemasaran bisnes spa anda mencapai sasaran yang anda mahu, pelanggan mestilah diberi keutamaan  dan puas hati dengan servis kita secara berterusan.  Mestilah kita nak bisnes spa kita maju dan diminati ramai kan.  Kalau boleh nak sentiasa ada pelanggan hingga tak menang tangan. 

Pemasaran yang mengutamakan pelanggan lebih mudah kekal lama.  Kita perlu sentiasa melakukan perkara berikut:

i.  Buat kajian apakah faktor yang mempengaruhi pelanggan untuk mendapatkan khidmat kita
ii. Berusaha untuk memahami dan penuhi keperluan pelanggan
iii. kekalkan hubungan baik dan selalu tanya khabar , bukan sekadar menghantar promosi dan menjual servis

Kita juga perlu titikberatkan perkara berkaitan keperluan dan kehendak pelanggan

Keperluan ni sesuatu yang wajib anda sediakan untuk pelanggan spa anda.  Kalau keperluan tak dipenuhi, maka pelanggan akan merasa kurang berpuas hati

Kehendak pelanggan pula apa yang kita tahu, pelanggan kita suka, yang ni kita kena selidik sedikit tentang latarbelakang pelanggan.  Ia bukan perkara asas yang anda perlu sedia.  Tetapi jika anda penuhi kehendak ini, pelanggan akan rasa sangat berpuas hati 



Jadi kesimpulannya disini, pemasaran adalah apa saja daya usaha kita bagi memastikan bisnes kita bertambah maju dan menjana keuntungan



Monday, September 17, 2018

Keperluan Peralatan Spa

Apabila nak mula bisnes spa , sudah tentulah perkara yang utama selain kedai, kita perlu sediakan kelengkapan dan peralatan spa.

Penting untuk anda tahu dan membuat penetapan spa anda adalah spa tanpa kedai atau spa yang mempunyai kedai.  Kerana kelengkapan dan peralatan untuk kedua-duanya sangat berbeza.  Dalam ebook ini saya akan kongsikan bernekaan kelengkapan dan peralatan bagi kedua-dua model bisnes spa.  Supaya anda lebih mudah untuk membuat pilihan spa bagaimanakah yangan da nak mula bina.

Tapi, anda perlu ingat, saya adalah pengamal spa tanpa kedai.  Tetapi saya mempunyai maklumat berkenaan kelenkapan dan peralatan yang perlu ada bagi seorang yang nak buka kedai atau salon spa.  Sebab saya juga dulu buat survey dan kajian tentang salon kecantikan sebab saya ada impian untuk buka spa di kedai.

Mula Bisnes Spa di Premis / Kedai

Setelah anda tentukan untuk buka kedai spa, dah ada lokasi strategik, dah dapatkan kos sewa kedai juga peruntukan untuk ubahsuai,  anda perlu senaraikan pula apakah kelengkapan dan peralatan spa anda

Kelengkapan dan peralatan bagi sebuah salon spa adalah merangkumi perkara berikut
  • Kelengkapan dan peralatan umum - untuk keperluan pejabat, ruang menunggu, ruang penyimpanan dan ruang rehat pekerja
  • Kelengkapan dan peralatan khas spa - untuk rawatan muka, rawatan badan, rawatan kaki tangan
  • Bahan - bahan untuk spa - untuk kegunaan spa dan juga perlu ada stok untuk dipamer bagi meyakinkan pelanggan
  • Kelengkapan tambahan untuk keceriaan dan dekorasi, ia sangat perlu bagi spa yang dibuka di kedai 
Melihat senarai ini sahaja tentu anda dapat bayangkan berapa puluh ribu kos yang perlu anda sediakan.



Mula Bisnes Spa  Tanpa Kedai

Untuk bisnes spa tanpa kedai, kelengkapan dan peralatan sangat simple dan sedikit.  Anda hanya perlu menyediakan peralatan dalam beg spa.  Dan jika anda ada sediakan mini spa di rumah, kelengkapan dan peralatan nya sudah tentu sangat sedikit, memadai menggunakan 1 ruang bilik di rumah anda.

Kelengkapan dan peralatan bagi bisnes spa tanpa kedai antaranya:

  • Peralatan untuk spa bergerak - semua dalam 1 beg yang mudah dibawa merangkumi alatan dan bahan untu rawatan muka, badan , kaki dan tangan.  Kelengkapan lain seperti besen dan baldi boleh dibincang samada minta pelanggan sediakan atau kita boleh bawa sendiri
  • Kelengkapan untuk mini spa dirumah - terdiri daripada peralatan sediada, mulakan dengan apa yang ada seperti toto atau katil sediaada di rumah, kalau ada yang nak ditambah  pun alat sauna yang harganya murah dan berbaloi
Nampak mudah dan ringkas bukan penyediaannya.  Kita masih boleh tampilkan spa bergerak dan mini spa kita supaya nampak cantik dengan sedikit hiasan dan tambah sedikit sentuhan dalam penyediaan ruang dan bahan-bahan spa juga servis yang kita beri. 





Asas Pengurusan Bisnes Spa

Jika anda hendak memulakan bisnes spa dan membuka spa secara besar - besaran, anda wajib mempunyai tim pengurusan yang cekap.

Pengurusan adalah satu proses sosial yang mana anda sebagai seorang pemilik spa atau pengurus perlu mendapatkan  kerjasama dan penglibatan pekerja untuk memberikan servis yang terbaik dan berkesan seterusnya menjana keuntungan yang besar dalam bisne .

Sebagai pengurus anda berperanan mengurus sumber yang buan sahaja dari kalangan pekerja tetapi merangkumi pekerja, peralatan atau mesin, bahan-bahan dan juga kaedah atau proses kerja

Sebagai pengurus juga anda perlu mempunyai banyak kemahiran mengurus dan mesti mempunyai kredibiliti dari segi komunikasi, perancangan dan pentadbiran bisnes, berpengetahuan luas dan mempunyai kemahiran untuk mengawal pekerja.

Ia suatu tugas yang berat untuk digalas.  Saya sendiri pernah merasa kepayahan untuk mengendalikan semua sumber perniagaan saya kerana kita berurusan dengan manusia.  Saya pernah buka kedai kraftangan dan jahitan dengan 3 orang pekerja.  Tapi saya akur yang saya bukan seorang pengurus yang cekap.

Nature saya pula, suka bekerja sendiri dan saya mudah lembut hati untuk tegas dengan pekerja.
Bagi saya, saya lebih memilih untuk melakukan bisnes yang tidak memerlukan komitmen yang besar.  Tetapi masih menjana keuntungan yang besar. 

Bagaiman tu, boleh ke?  Jadi, teruskan pembacaan anda hingga ke penamat ebook Mula Bisnes Spa ini.

Saya Tinggal di Kampung

Ada bakal peserta saya atau prospek kursus spa saya bertanya,

"Akak tinggal di kampung, tapi akak macam berminat dengan konsep spa The Walking Beauty ni"

Dia bimbang jika dia susah nak dapat pelanggan.  Sebenarnya wanita yang nak servis spa ni bukan orangyang tinggal di bandar sahaja.  Boleh dikatakan hampir semua wanita suka kalau dapat mengunjungi pusat spa.  Sama juga dengan wanita di kampung.

Buktinya, ahli team kami selalu buat duit apabila mereka bercuti dan pulang ke kampung.  Apabila mereka selalu buat marketing di fb, wasap story, saudara mara dan rakan di kampung akan nampak.  Ada yang akan selalu komen di fb bila nak merasa servis spa

Jadi bila nak balik kampung mereka akan buat promosi, hasilnya bukan seorang malah lebih pelanggan yang mereka dapat.

Mereka yang tinggal di kampung tak berpeluang merasa spa di salon seperti di bandar. Nak pergi pun jauh .  Jadi sebenarnya lokasi dimana pun anda berada tidak mustahil untuk anda buat duit dengan bisnes spa.  Kami ada ejen spa di Mesir, di Australia yang terdiri dari mereka yang sedang belajar. Dengan ilmu spa yang ada, di mana-mana pun mereka boleh buat duit.

Sunday, September 16, 2018

Modul Perkhidmatan Spa Kecantikan dan Kesihatan

Ebook Mula Bisnes Spa ini kami dedikasikan khas kepada anda yang berminat menjalankan Perkhidmatan spa yang paling common iaitu Spa Kecantikan dan Kesihatan atau spa harian.  Ini kerana ia antar ayang paling mudah untuk kita yang baru nak bermula jalankan.

Tidak seperti spa medis dan lain-lain spa yang memerlukan kemahiran khas untuk bermula.

Untuk spa jenis ini pun insyaallah anda dah tak menang tangan

Baiklah, apa dia modul perkhidmatan spa yang biasa ditawarkan .  Kebanyakan kursus spa fokus kepada kursus facial dan biasanya tempoh kursus mengambil masa 1 hari untuk facial sahaja.

Kemudian modul lain diajar pada kursus yang berlainan.  Kalau ada pun yang dilaksanakan secara pakej, ia mengambil masa 2 hingga 5 hari.  Berkenaan pemilihan kursus spa saya akan kongsikan dalam tajuk lain nanti.  Cuma saya nak tekankan  bahawa kita perlu bijak memilih jenis kursus dan sudah tentu impak kewangannya.

Jadi, mari kita tengok, apakah modul yang patut kita pelajari.  Nak belajar facial saja ke, atau nak belajar juga modul-modul lain.

Antara modul-modul rawatan spa kecantikan dan kesihatan adalah seperti berikut:

-  Rawatan Facial dan Face Lifting
Rawatan muka atau lebih mudah disebut facial adalah rawatan yang dilakukan untuk mencuci wajah disamping membuang sel kulit mati, melembutkan, mencerahkan dan merawat kulit.  Ia selalu dibuat secara berpakej dengan urutan wajah dan mata serta face lifting untuk menegangkan wajah dan mendapatkan V shape yang ramai wanita suka, nak muka nampak lebih tirus tanpa pembedahan

-  Rawatan Badan
Rawatan badan selalunya merangkumi rawatan bersauna, skrub atau lulur badan dan juga mandian susu.  Ia bertujuan menghaluskan kulit, mencerahkan dan membuang sel kulit mati.  Disamping itu ia juga dapat memberi kerehatankepad abadang yang penat

-  Rawatan Kaki dan Tangan
Rawatan kaki dan tangan melibatkan manicure dan pedicure dan juga spa kaki dan tangan dengan teknik urutan, skrub dan rendaman

-  Rawatan Berpakej
Rawatan secara pakej selalunya akan lebih menguntungkan.  Jika kursus yang diambil merangkumi banyak modul, boleh lah anda tawarkan secara pakej.

Kos untuk memulakan bisnes spa adalah perkara utama yang menjadi faktor untuk seseorang memulakan bisnes spa.  Oleh itu, perlu buat sedikit pembacaan dan carian berkenaan kursus-kursus yang dianjurkan.





Konsep Perkhidmatan Spa

Ada dua konsep spa yang biasanya dijalankan oleh team spa saya.  Semasa kursus spa, kita akan terangkan secara terperinci bagaimana ia dijalankan, golongan mana yang sesuai jalankan konsep yang tertentu, supa golongan sasaran termasuk kelebihan dan kelemahan setiap konsep tersebut.

Kemudian terpulang kepada peserta kami untuk jalankan bisnes spa mereka mengikut konsep plihan yang mana

Ada dua konsep spa popular iaitu anda menjalankan bisnes secara Home Spa atau anda menjalankan bisnes secara Mobile Spa
 
Baiklah, mari kita lihat satu persatu.

Home Spa atau Spa di Rumah

Home Spa  adalah konsep dimana pelanggan datang kepada kita. Ia sangat sesuai dijalankan oleh surirumah yang masih anak-anak yang perlu pengawasan di rumah.  Semasa pelanggan datang, anak-anak boleh diuruskan dengan baik supaya dapat beri perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Boleh bermula dengan peralatan yang ada dulu, katil spa boleh guna katil biasa cuma tambahkan dekorasi supaya pelanggan rasa suasana dah ala-ala di salon.

Kelebihan Home Spa 
- Pelanggan yang datang dapat menikmati hampir semua servis termasuk sauna dan mungkin juga mandian susu dalam bath tub
- Pelanggan tak perlu fikir nak sediakan ruang untuk spa terapis di rumah mereka sendiri
- Pemilik home spa boleh berkreativiti mewujudkan ruang spa yang mereka suka seperti di salon
- Pemilik spa tak perlu keluar ke rumah pelanggan
- Jimat sewaan kedai

Kelemahan Home Spa
- Pelanggan lebih suka spa terapis datang ke rumah keran amereka sibuk dan malas keluar rumah
- Kurang privasi di rumah sendiri ( boleh diatasi dengan perancangan ruang yang betul)


Mobile Spa atau Spa Bergerak
Mobile spa adalah konsep dimana kita pergi kepada pelanggan.  Ia sangat sesuai dijalankan oleh mereka yang tidak terikat dengan keluarga dan anak kecil seperti orang yang masih belum berkeluarga, pelajar dan ibu tunggal ataupun wanita yang telah berusia.

Dalam team spa kami, mobile spa dipelopori mereka yang belum berkahwin dan juga dari kalangan pelajar IPT.  Mereka yang bujang ni balik kerja terus sambung buat mobile spa hingga malam.  Memang buat duit sungguh .

Di kalangan mereka yang telah berkahwin juga da buat mobile spa, tetapi atas persetujuan dan kerjasama dengan suami atau penjaga.

Kelebihan Mobile Spa
-  Permintaan tinggi untuk servis bergerak ke rumah
-  Tidak perlu sediakan ruang spa di rumah 
-  Persediaan yang minima sahaja di rumah pelanggan, mengikut apa yang tersedia sahaja

Kelemahan Mobile Spa
-  Tidak ramai yang dapat buat mobile spa atas kekangan keluarga (masih boleh diatur bersama keluarga)
-  Keselamatan perlu diutamakan, ada ibu bapa atau suami yang kurang setuju.  Tetapi semenjak peserta team kami menjalankan mobile spa, belum ada perkara tak diingini berlaku kerana kita bagi servis pun kepada yang kita kenal dan juga kenalan kepada kenalan kita.


Kedua-dua konsep di atas ada pro dan kontranya.  Dalam team kami, kami memang buat kedua-duanya.  Dalam team, semasa training dan dalam kumpulan sokongan sangat banyak informasi yang membantu peserta untuk lebih maju dalam bisnes spa yang mereka lakukan.

Kekuatan kursus spa kami adalah kumpulan sokongan dalam media sosial , kami gunakan Telegram Support Group.  Nanti saya terangkan di penulisan seterusnya.

Kategori Perkhidmatan Spa

Perkhidmatan spa semakin berkembang pesat mengikut keperluan dan kreativiti penyedia spa.

Namun ia berbalik pada konsep kalau tiada permintaan mana kan ada pengeluaran.  Konsep demand & supply. Begitu juga perkembangan spa di peringkat global dan tak terkecuali di Malaysia.

Terdapat banyak kategori spa sebenarnya, tetapi orang awam hanya lebih terdedah kepada konsep spa kecantikan atau salun keantikan.  Antara kategori spa yang ada ialah:

1.  Perkhidmatan Spa Harian

Spa harian adalah spa yang paling common.  Ia menyediakan perkhidmatan setiap hari dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa.  Menu spa adalah perawatan untuk kesegaran badan merangkumi rawatan muka, badan, kaki dan tangan

2.  Perkhidmatan Spa Menyeluruh
Juga dikenali sebagai spa total merangkumi perubahan gaya hidup sesorang.  Ia mengambil masa beberapa hari dan biasanya dibuat di lokasi atau destinasi yang terpilih dan ekslusif .  Rawatannya melibatkan bimbingan mengubah pola gaya hidup termasuk corak pemakanan dan lain-lain
Ia juga dikenali sebagai Spa Destinasi

3.  Perkhidmatan Spa Hotel / Resort
Ia adalah spa yang dijalankan di hotel bertujuan memberi kesegaran kepada pengunjung hotel

4.  Perkhidmatan Spa Medis
Perkhidmatan ini lebih menumpun kepada aspek rawatan menggunakan peralatan dan teknologi.  Ia adalah rawatan kosmetik yang melibatkan penggunaan laser, suntikan dan operasi kecil .  Biasanya diawasi atau dilaksanakan oleh doktor yang berlesen dalam bidang tersebut.  Ada yang sebut ia sebagai spa aesthetic.


5.  Perkhidmatan Spa Kesihatan
Spa kesihatan lebih menumpukan kepada penjagaan kesihatan.  Dilakukan oleh ahli terapi mengikut bidang.

6.  Perkhidmatan Spa Kelab
Spa Kelab adalah spa-spa yang disediakan di kelab-kelab untuk ahlinya secara ekslusif

7.  Perkhidmatan Spa Lapangan Terbang
Perkhidmatan spa lapangan terbang menyediakan tempat-tempat rehat untuk penumpang pesawat sebelum berlepas. Ia biasanya tersedia dalam bentuk kerusi urutan  sahaja.

Banyak kategori perkhidmatan spa yang ada di Malaysia, jadi kita perlu tentukan spa yang bagaimana kita nak jalankan.  Kebanyakan orang membuka Spa Harian yang lebih mudah dan tidak perlu kepakaran bidang tertentu.

Definisi Spa

Apa yang saya tahu, sejak dulu apabila dengar tentang spa, saya akan terbayang proses perawatan ala2 kat Bali , padahal tak pernah sampai ke Bali pun.

Suasana perawatan tu mesti di tempat yang nyaman, ada angin sepoi-sepoi bahasa, ada bunyi air mengalir dan alunan muzik lembut.  Suasana lampu yang malap dan mendamaikan.

Rupanya ada makna dalam perkataan SPA itu sendiri.  Apabila saya mula penulisan blog saya berkaitan spa di blog rasmi saya haniismail.com , barulah saya buat banyak pembacaan tentang SPA.

Tahu tak anda, SPA adalah singkatan untuk perkataan 'Solus Per Aqua'.  Maksudnya penyembuhan dengan terapi air.  Ini adalah bahasa Latin.  Konsep perawatan ini katanya berasal dari Rom sejak tahun 400SM iatu di zaman Hipokrates.  Oh ! Rasa macam saya nak buat pembacaan semula tentang zaman hipokrates.  Dulu-dulu belajar sejarah tapi tak melihat sisi lain pada zaman itu iaitu tentang SPA. Ye lah, tak masuk peperiksaan kan. Yang kita baca hanya tentang pemerintahan saja.

Di Rom ketika itu, pancutan air panas semulajadi digunakan oleh tentera yang nak merehatkan badan dan merawat tubuh badan mereka selepas kepenatan dan mengalami kecederaan dan luka selepas perang.
Ada yang menceritakan yang SPA tertua ini masih wujud di Merano, Itali


Ini hasil carian saya di google.  
Merano ni terkenal dengan sejarah Thermal Bath iaitu mandian air panas.  Kalau teruskan pembacaan , makin banyak informasi yang akan kita dapat berkaitan sejarah spa di Italy ni.

Kebanyak spa di Eropah dikelilingi pemandangan yang sangat indah berlatarbelakang gunung dan tasik

Di Asia, ia mula mendapat sambutan dengan pesatnya.  Kunjungan ke tempat-tempat kolam air panas semulajadi untuk berehat juga menjadi amalan dan dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Tapi di era baru, SPA ini semakin meluas dan melalui pelbagai evolusi. Ia dah berubah danberkembang menjadi pusat rawatan untuk kesihatan dan kecantikan juga untuk berehat dan relax dari kesibukan dan kepenatan.  Ia melibatkan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.  Hampir tiada melibatkan penggunaan perawatan air panas yang merupakan asas kepada kewujudan spa

Thursday, September 13, 2018

Kenapa Wanita Nak Rawatan Spa

Apakah tujuan wanita suka nak pergi  ke pusat  rawatan spa.  Jika ditanya, saya pasti semua wanita nak ke spa, tetapi mereka jarang dapat luangkan masa.  Ada yang tak pernah dan ada yang dah lama atau jarang - jarang sekali ke spa

Apakah yang wanita cari dan apakah yang mereka akan dapat jika mengunjungi spa.

Saya kongsi pengalaman saya sendiri.
Sejak zaman saya belajar di universti lagi, seingat saya pada tahun akhir, saya dah mula mengunjungi pusat rawatan spa.  Saya pun dahtak ingat siapa yang mula mempengaruhi saya ke sana.

Masa tu apa yang saya fikir, mestilah nak cantik.  Dan dalam masa sama, saya nak rasa relax. Sebagai reward kepada saya setelah berjaga malam menyiapkan design proposal .
Rasanya relax sama macam kita pergi potong dan cuci rambut.  Best bila badan kita dibelai dan disegarkan dengan urutan.

Cuma masa tu saya tak fikir langsung bab produk apa yang spa tu dah sapu kat muka saya.
Seingat saya, saya pergi spa tapi kulit wajah saya tak macam orang pergi spa, saya mengalami jerawat yang teruk sehingga semasa saya nak berkahwin, parut herawat terpaksa tutup dengan foundation tebal

Jadi, apa dia kesimpulannya wanita nak mengunjungi pusat spa.

1. Nak cantik atau obses sangat nak cantik selepas rawatan pertama lagi
2. Nak merehatkan badan dan  minda
3. Nak  lari sebentar dari kesibukan
4. Nak reward diri setelah penat bekerja dan  buat urusan keluarga.
5. Ber networking

Golongan sasaran Yang Patut Memulakan Bisnes Spa

Saya pasti anda yang membaca ebook Mula Bisnes Spa ini adalah antara golongan yang layak dan patut menyertai atau memulakan bisnes spa.

Sebab apa saya nyatakan demikian? Sebab anda memang mencari-cari peluang untuk mengubah kewangan dan kehidupan anda dengan mencari peluang bisnes yang sedang mendapat permintaan ramai.

Mahu dan mula bertindak untuk keluar dari status kewangan yang lama, yang mungkin tidak selesa, tidak menggembirakan, tidak mencukupi dan tidak dapat memenuhi kehendak dan impian anda adalah salah satu tanda anda akan berjaya.  Ia adalah langkah pertama menuju kejayaan.

Bisnes spa ini pula sangat sesuai untuk golongan wanita yang baru nak mula berniaga kerana ia hampir tiada risiko.  Ini bergantung kepada pemilihan kursus dan bimbingan spa yang anda pilih.

Mari lihat , golongan manakah lagi yang sesuai untuk menjalankan bisnes spa ini, terutama yang sesuai untuk menyertai kursus spa anjuran kami di bawah The Walking Beauty Project: 

1.  Wanita yang memang menyimpan hasrat mempunyai spa sendiri
2.  Mereka yang mempunyai minat dengan perniagaan spa tetapi tiada modal yang besar
3.  Mereka yang ingin menjalankan perniagaan dari rumah tetapi tidak pasti perniagaan apa yang sesuai dijalankan
4.  Mereka yang mencari pekerjaan part time untuk menambah pendapatan
5.  Golongan surirumah yang sedang mencari peluanmenambah pendapatan keluarga yang boleh dijalankan dirumah
6.  Graduan yang masih belum mendapat pekerjaan 
7.  Pelajar yang masih belajar di IPT yang ingin menampung duit poket semasa belajar
8.  Pengusaha spa yang sedang dibelengu hutang kerana kekurangan pelanggan dan terpaksa membayar sewa kedai yang tinggi

Kisah Inspirasi Mula Bisnes Spa - Kisah Puan Lin

(note: sedang edit )

Kami sentiasa ada perkongsian dari peserta-peserta Projek Spa The Walking Beauty.
Saya cuba ringkaskan perkongsian Puan Lin dari kumpulan whatsapp.
Walaubagaimanapun, kisahnya masih agak panjang, sukar untuk saya pendekkan kerana ia akan menghilangkan rasa dari perkongsian sebenar Lin.

Moga ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita diluar sana.


"Jika akak tak join kursus mobile spa bulan lepas, akak tak tahu nak makan apa hari ini...."
Kisah saya agak panjang juga walaupun semua baru berlaku, akak cuba ringkaskan.

Saya Lin, menetap di Putrajaya.
Berusia 43 tahun, ada seorang anak perempuan 16 tahun. Saya merupakan penghidap Diabetes, hypertension, neuropathy dan retinopathy.
Sejak setahun yang lalu, masalah rumah tangga dan kesihatan saya semakin kronik. Beberapa hari sebelum raya haji penglihatan saya terganggu di mana saya tak dapat melihat jelas menggunakan kedua-dua mata.
Pada raya haji bebaru ini, saya diceraikan suami melalui text wasap.

Sebelum ni asalnya hidup selesa. Dah 6 tahun saya surirumah sepenuh masa. Tiap-tiap bulan suami bank in RM2k dalam akaun bank.
Langit tak selalu cerah. Saya tak pernah terfikir akan berpisah, lagi-lagi suami baik orangnya. Bekerja keras utk cukupkan segala.
Namun siapalah saya, nak menentang takdir Allah. Jodoh kami setakat ini saja.
Petang tu saya terima text tu...maghrib tu saya pergi surau...lama saya sujud...Ya Allah...aku redha dgn ketentuanMu...
Dua hari saya menangis. Dan menangis. Saya redha, cuma agak tak sangka terjadi perpisahan jiwa ni waktu mata saya bermasalah.

Saya tiada savings. Tiada harta. 6 tahun senang lenang semua suami tanggung. Apa saya nak buat?
Mana saya nak mula? Macam mana? Pelajaran tak tinggi...dah agak berusia...sakit pulak. Majikan mana nak ambil pekerja macam saya yang tiap-tiap minggu kena ke hospital, ke klinik, yang asyik sakit.
Selain mata, saya ada luka diabetic kat tapak kaki. Jari-jari kaki kanan saya dah 4 kali kena amputate...dah takde 4 jari.

Saya percaya, kalau takde usaha, macam mana rezeki nak masuk? Saya kena buat sesuatu!
Semua orang diduga dan diuji. Lain-laim ujian dan tahap aje kot. Bagaimana kita melepasinya, itu kita yang kena fikir

Suatu hari kawan saya bagi nombor telefon jurulatih spa The Walking Beauty
24 Aug 2018, saya join Free Preview The Walking Beauty (TWB) 
Okay...nekad dah...this is it! Cari RM2k aje. Tak susah kot. Kalau tak berjaya buat duit... Tak ralat hilang RM2k.

Saya ni ego agak tinggi juga. Bukan jenis pinjam-pinjam duit orang. Tak suka berhutang. Saya pernah beli kereta alza ambil loan bank...tapi bila saya jadi surirumah, saya nak cut monthly expense, saya bagi orang sambung bayar... supaya saya takde hutang bulan2. So...nak pinjam2 duit bukan mudah bagi saya.
Saya call salah seorg ahli keluarga rapat saya dan ceritakan masalah saya. Ni minggu yg sama saya kena cerai ni. Instead of saya meratap menangis lama-lama.. Saya dah plan perjalanan hidup saya seterusnya. Ini redha pada saya.

Saya luahkan pada kakak angkat saya, dia surirumah jugak.
Tetiba esok hari dia bagitau saya... Dia dah minta tolong anak dia bank in cash RM2k ke akaun saya.
Dia cakap..."Adik, i believe in you. Akak tahu adik boleh berjaya. Adik gunalah duit akak dulu...no hurry to pay back..."
Masa tu saya pikir...Ya Allah...betul ke ni nak guna duit orang untuk terjun bidang yang not my flare ni?
Saya pm Maria..saya tanya macam macam.
Ok puas hati...29 Aug 2018 saya bayar RM1999 
31 Ogos 2018 lepas perarakan Merdeka...saya masuk training dengan founder TWB. Habis training nekad cari customer.

Dgn mata yang tak berapa nampak. Saya ni gemuk, kaki masalah saraf. Susah nak duduk bersila bagai. Tapi nak cari duit punya pasal, saya tak nak minta duit orang...ehsan orang. Saya mesti berusaha sendiri.
Masa training.. Nampak,  mata saya sepet sebelah.. Otot saya lemah tak boleh fokus dua biji mata tu.
Owh ye.. 
Waktu tu, saya dah tak boleh drive.. Mata tak berapa nampak. Duit tak ada nak naik uber. Motor pun motorlah. Anak saya yang hantar.
  **gambar training

Saya perfectkan skill eye and face massage saya...saya buat homespa saya betul-betul macam spa.
Apa yang Master Ainul ajar, saya dengar. Baca group telegram..dapat ilham.
Facebook saya ada 200 kawan je masa tu. Asalnya set private. Atas nasihat mentor dalam TWB, saya publickan.
Saya start sharing pasal aktiviti saya. Saya tak promote lagi.
Saya masih tak yakin, so saya offer free full facial kat 7 orang. Mentor dalam TWB yang suruh.
Sebelum buat servis berbayar, belajar buat yang free. So kalau buat silap orang tak marah.
Saya tak yakin jugak nak offer servis. Tapi yang dapat free facial saya ni..dah war2kan kat kawan2 lain...
"Best giler kena ulit-ulit muka dengan Ina..."

Then 9 Sept 2018...duit kat tangan saya tinggal RM18. Dlm bank ada RM109.50 tak silap
Naik motor anak bawak dari bank ke bank...kenapa tak boleh withdraw?? Tak boleh transfer??
Kena timpa tangga lagi... Rupa rupanya, orang yang sambung bayar kereta saya, dah 3 bulan tak bayar! Bank sekat akaun saya!
Tu je duit saya ada. Dah terdesak...saya mula iklan servis by wasap dulu. Offer RM30 aje... Ni dah terlebih murah dari market price. Tapi sebab saya tak berapa yakin, saya rasa murah pun tak per lah. Janji dapat duit.
Saya dibayar RM100...nangis terus....saya bgtau Maria. Customer cakap puas hati kerja saya. Alhamdulillah.

Next customer RM50 pakej mak anak...dia bayar saya RM100 juga
Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Betapa gembiranya dapat duit cash dikala betul betul tak ada duit.

Ikhlas hati, saya bukan seorang yang suka menyusahkan orang lain. Even adik beradik sendiri. Selagi mampu, saya akan berusaha sendiri.
Sejak buat Mobile Spa, cash masuk almost hari-hari melalui servis mobile spa.
Melalui teknik marketing yang team TWB ajarkan, saya berjaya dapatkan customer dari kawasan sekitar.
Namun, tahap kesihatan saya belum sembuh sepenuhnya. Seminggu 2 atau 3 kali saya kena ke hospital dan klinik kesihatan.

Saya mohon belajar kelas pemakanan, penjagaan diabetes, kelas bersenam. Saya susun semua hidup balik. Tapi hari-hari saya akan sebut TWB...TWB... "Ya Allah, tolonglah aku..."
Saya ke jabatan agama, JKM, mahkamah etc...tapi saya masih boleh buat duit masuk...susun jadual saya.
Hari saya sihat...saya go MOBILE SPA! Hari saya tak sihat...saya panggil kawan-kawan datang rumah buat HOME SPA.
Tengah hari saya akan senang pitam. So no appointment masa tu.
Sekarang, Alhamdulillah. Mata saya semakin pulih...kurang sepet skit dah. Darah tinggi saya minggu lepas doktor dah potong satu ubat sebab dah turun. Gula saya dah bawah paras 10.
Saya rasa semua related to stress.

Saya dulu tak minat beauty. Saya tak minat spa2 ni. Tapi saya nampak jalan keluar dari masalah saya.
Walaupun kecantikan, spa bukan dunia saya. Tapi selepas saya belajar dalam mobile spa, saya rasa ia seperti memberi satu keseronokan dan kepuasan buat saya.
Ilmu yang saya peroleh dari Team TWB sangat berharga. Ilmu urutan spa, barangan berkualiti yang disediakan, teknik marketing yang superb dan amazing, serta team yang sangat saportive.
Tadi naik court kes cerai saya...lafaz luar mahkamah. Ex husband cakap, saya nampak kuat, nampak happy dengan life saya.
Saya sedih sangat....tapi i will be okay now.

Kawan saya orang baik-baik. Ada yang  hadiahkan katil spa, ada yang hadiahkan sauna FIR . Ini saya suka sangat !
Sambil-sambil duduk tengok konsert Big Stage kat TV... Ada org datang sauna...dapat RM30. Boleh la lepas makan saya anak beranak.

22 Sept 2018 saya masuk kursus penjagaan berpantang TWB. Trainer saya haritu tegur saya nampak lain. Saya dah pandai gosok-gosok muka sendiri. Dah nampak berseri sikit wajah saya.
Semalam lepas maghrib, saya maafkan semua orang dan segala-galanya. Termasuk yang menyusahkan saya.

Saya tau, ramai orang susah di luar sana.
Kalau rajin nak usaha...TWB will lead the way to success. Tapi TWB tak boleh spoonfeed success to you.
Alhamdulillah, melalui servis mobile spa TWB ni, saya berjaya peroleh hampir RM2000 untuk bulan pertama ini.
Dalam keadaan saya yang tak berapa sihat ini, dalam keadaan berulang alik ke hospital, mahkamah, pejabat agama dan lain lain lagi, saya rasa ia pencapaian yang membanggakan untuk saya.
Bukan mudah seorang wanita seperti saya untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang ini. RM2000 untuk bulan pertama satu dalam bidang ini sangat menggembirakan saya .Terima kasih ya Allah.
Dalam group mobile spa saya, ramai yang berjaya. Mereka yang sihat dan buat secara fulltime boleh peroleh income RM5k, RM7k, RM10k dan ada yang dapat RM20k melalui mobile spa ini.
Tambahan pula selepas ini team kami buat Pakej Berpantang pula, maka lebih mudahlah untuk saya memberikan servis nanti.
Syukur Alhamdulillah. Saya berada dalam group dan jalan yang betul.
Dalam sakit perit air mata yang macam telaga air zam zam tak pernah kering, Allah beri nikmat lain iaitu "Ketenangan Jiwa" buat saya.

Saya dah mula TWB SPA, saya nak grab peluang dalam pakej TWB penjagaan berpantang dan selepas bersalin tu.
Sebab saya nampak demand dan market di situ. Kalau kita mula lambat, orang lain yang ambil peluang dulu.

Saya ni IG pun tak reti. Facebook pun terkial-kial, Nak edit iklan pun tak reti.
Tapi dalam TWB, ada aje org tunjuk ajar. Ada saja orang yang nak tolong. Kami semua dah macam adik beradik.

Dalam kekalutan dalam kehidupan, mentor saya berpesan kepada kami semua.
1) Untuk Yang Ada Suami Yang Baik:
- Berusahalah untuk stabilkan family sama. Jangan harapkan suami seorang untuk baiki kewangan.
- Kena gilap skills supaya ada back up if anything happened.
- Buat savings sendiri, reward suami dan anak anak untuk gembirakan mereka (redha mereka penting dlm bisnes).
2) Untuk yang ada suami tetapi tak bertanggungjawab:
- Focus dan usaha utk baiki diri demi anak2.
- Jangan jadi hamba pada lelaki , stand up!
- Doa setiap hari minta Allah beri hidayah pada suami, tetapi ini bukan jalan untuk you meredhai apa yang suami buat ( Bangkit n fight for your rights - cari 3rd party utk dptkan advice)
3) Untuk Yang Single Women / Moms :
- Jangan sedih bila tak ade suami
- Percayalah, hidup single tetapi berduit adalah lebih bahagia dari hidup bersuami tapi tak berduit dan menyusahkan.
- Cari redha Allah, cari kasih sayang Allah kerana cinta Allah is the ultimate one!
Harap bermanfaat la sharing daripada saya. Doakan saya rezeki kebaboom keajaiban pada hujung minggu ni. Semoga Allah murahkan rezeki saya juga.

Lin,
TWB Beautician

Mobile Spa Pilihan Wanita Hari Ini

Dahulu, apabila menyebut tentang servis spa, saya mesti terbayang sebuah  butik kecantikan yang serba lengkap, mewah, dilengkapi katil-katil dan hiasan serta lampu malap yang pelbagai rekabnetuk.  Ruangan spa yang dilengjapi peralatan mewah dan mesin yang canggih-canggih.

Bisnes nampak gah, yang mengunjungi butik-butik spa ni juga wanita-wanita kaya dan dari kalangan datin juga orang berada.  Tetapi dari pemerhatian saya, salon kecantikan sebegini tidak dikunjungi ramai orang.  Saya selalu terfikir, untung ke owner spa ni.

Hakikatnya tak semua owner spa ni mendapat keuntungan yang banyak.  Rata-rata mereka berhadapan kos overhead yang tinggi dan pengunjung kurang meriah.  

Jadi, sebelum anda terfikir nak buat pinjaman bank berpuluh ribu untuk buat sebuah salon kecantikan, lebih baik anda cuba pertimbangkan untuk buat bisnes spa ni secara mobile dahulu.  Senang kata, kita boleh mula dengan apa yang kita ada saja dahulu.

Dalam kursus spa yang kami anjurkan, memang ramai peserta dari kalangan mereka yang telah pernah buka spa.  Mereka tak dapat survive dan semakin rugi.  Sebab itu mereka mencari-cari alternatif untuk memajukan perniagaan.

Mobile spa atau perkhidmatan spa terus ke rumah pelanggan semakin mendapat perhatian.  Bayangkanlah, wanita yang sibuk tak dapat keluar rumah, hanya buat temujanji dan terapis kecantikan terus datang ke depan pintu rumah.

Kelebihan Spa Bergerak Tanpa Kedai kepada Pelanggan:
1.  Mereka tak perlu meninggalkan rumah
2.  Mereka tak perlu bersusah payah mencari tempat letak kereta
3.  Mereka boleh menikmati rawatan dengan selesa di rumah sendiri
4.  Mereka masih dapat memantau anak-anak di rumah
5.  Mereka jimat masa untuk keluar

dan ada banyak lagi sebenarnya.

Kelebihan Spa Bergerak Tanpa Kedai kepada Pemilik Spa
1.  Tidak perlu sewa kedai
2.  Tidak perlu sediakan katil dan peralatan spa yang mencecahmodal puluh ribu ringgit
3.  Tiada kos overhead yang banyak.  Kos transportation pun pelanggan bayar
4.  Hampir tiada risiko kerugian dan bankrap
5.  Tidak terikat waktu operasi premis kerana semua tempahan dibuat melalui temujanji
6.  Tidak pening kepala uruskan pekerja dan stok yang banyak

dan banyak lagi

Jadi, bagaimana ?
Adakah anda dah bersedia dan rasa bersemangat untuk mulakan bisnes spa tanpa kedai anda ?



Bisnes Mudah, Bisnes Yang Berkait Wanita

Wanita sememangnya dijadikan unik. Betul kan.  Seorang wanita punya banyak sangat keperluan.  Sebab itu, jual lah apa pun yang berkaitan wanita, mesti laris.  Apa saja bisnes yang ada kaitan dengan kesukaan dan minat wanit memang tidak pernah membosankan.

Untuk wanita setiap inci tubuhnya, semua ada produk khas yang melariskan jualan peniaga-peniaga di luar sana.  Nampak macam wanita ni lubuk rezeki kan.  Kita wanita, maka kita tentu lebih faham kehendak kita, betul?

Oleh sebab itu, jika anda baru nak mula berbisnes, baru nak mula survey-survey bisnes apa yang anda nak buat, pilihlah bisnes yang ada kaitan dengan keperluan wanita.  Wanita memang sangat tinggi kuasa beli 

Bisnes yang bagus melibatkan keperluan wanita, yang dapat selesaikan masalah wanita, yang dapat mudahkan urusan wanita, mesti lebih mudah bagi anda yang baru nak mula buat bisnes.  Ok, jom tengok apa bisnes yang melibatkan wanita yang dapat sambutan sangat sekarang ni: 

Bisnes Produk Kecantikan dan Kesihatan
Bisnes Pakaian
Bisnes Barang Baby dan Anak2
Bisnes Barangan Runcit
Bisnes Barang Hiasan Dalaman
Bisnes Barangan Dapur
Bisnes Perkhidmatan seperti Spa, Jurulatih Fitness dan lain-lain

Dalam banyak-banyak bisnes ni, saya memilih bisnes spa setelah membuat kajian dan survey yang mendalam. Ini kerana permintaan spa ni sangat trending sekarang ni.  Bisnes ni juga hanya perlu modal  semasa permulaan dan modal nya juga tidak terlalu tinggi jika anda pandai memilih jenis-jenis kursus dan penyedia latihan spa.

Bersesuaian sangat dengan keadaan sekarang yang semua orang sibuk dan tak ada masa untuk mengunjungi pusat rawatan spa.  



Wanita Nak Cantik dan Bahagia Tetapi Terlalu Sibuk

Senario zaman moden hari ini, ramai wanita keluar bekerja.  Sama-sama keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan keluarga.  Mereka sangat sibuk dengan urusan di tempat kerja dan juga urusan rumahtangga.  Lebih sibuk lagi jika mereka juga menjalankan bisnes sampingan.

Yang sebenar-benarnya, tiada wanita yang lebih sibuk dari wanita lain, kesibukan dan tanggungjawabnya sama sahaja tak kira anda berkerjaya, anda surirumah sepenuh masa atau anda bekerja sendiri di rumah.

Wanita hari ini sentiasa sibuk, selalu cepat penat dan terdedah kepada stress .  Tambah teruk kalau ia menjurus kepada depression.  Ia menjadi lebih parah apabila suami buat hal, nauzubilahiminzalik.

Semua ini membuat wanita menjadi semakin tak sempat nak beri perhatian untuk diri sendiri.

wanita ni diibaratkan sebagai jantung keluarga, jika gembira, bahagia wanita, bahgialah dan cerialah keluarga tu.

Oleh itu, wanita perlu digalakkan, perlu diingatkan untuk mengutamakan diri sendiri terlebih dahulu.  Jaga dan belai diri sendiri dahulu.  Jaga kecantikan dan penampilan diri untuk suami.  Baharulah, wanita akan lebih bersemangat untuk menjaga keluarga.

Betul tau, kalau kita rasa diri kita cantik, ceria , sihat, secara automatik kita akan lebih bahagia.  Tak percaya cuba bandingkan, seorang isteri yang kusut masai yang sibuk kerja dengan seorang isteri yang cantik , tenang dan terurus kerja yang juga banyak kerja.

Mana lebih ok anda rasa.







Asas Memilih Bisnes Yang Bagus

"Sayang nak resign, tahun ni je abang sayang kerja, next year sayang dirumah saja, boleh kan? "

Saya selalu cakap kat encik suami macam ni.  Kiranya ia salah satu cara saya  buat mind installation kat dia yang saya ni memang nak sangat jadi surihati dia , duduk di rumah saja sambil jaga anak.

Ada tak yang macam saya kat luar sana.  
Saya memang sentiasa berkobar-kobar nak berhenti kerja dan buat bisnes dari rumah.
Sehinggakan kalau saya jump kawan-kawan lama, mereka akan tanya, 

"eh, dulu kata nak berhenti kan" ?

Inilah kisah benar saya.  Sebenarnya sehingga ke saat saya menulis ebook ni, saya masih lagi bekerja.
Serius, saya sangat cemburu melihat kawan-kawan  maya saya yang dah berhenti kerja.

Saya nak berhenti, tapi saya mesti pastikan bisnes saya stabil dahulu.
Suami memang tak letakkan syarat, tapi dia memang tak benarkan saya berhenti, walaupun dia tidaklah menghalang keras.

Katanya sayang , sebab dah belajar bidang arkitek yang profesional , dah kerja gred jawatan tinggi, dan dah senior di tempat kerja.  Tapi hanya saya yang tau apa yang saya mahu.

Jadi, sebab itulah saya tidak pernah putus asa untuk buat bisnes.
Saya harus buktikan dulu kejayaan bisnes kepada suami, barulah dapat lampu hijau untuk bersara awal.

Jadi, bagi anda yang bercita-cita untuk bersara awal dan bekerja di rumah, perlu cari bisnes yang betul-betul boleh bantu anda, sekurang-kurangnya ia dapat tampung keperluan anda dan anak-anak.  Macam saya, saya tetapkan bisnes saya mestilah pendapatannya melebihi gaji saya sekarang.

Untuk memilih bisnes yang bagus, kita perlu pertimbangkan perkara berikut terlebih dahulu:

1.  Tujuan kita resign

Kebanyakan wanita ingin berhenti kerja kerana tak tahan stress di tempat kerja, tak cukup masa untuk diri sendiri dan keluarga, tak dapat jaga anak sendiri dan beberapa sebab lagi.  
Oleh itu sangat perlu memilih bisnes yang betul agar nanti, apabila dah bisnes sepenuh masa sebagai surirumah, anda masih ada masa yang lapang. jangan nanti anda jadi lebih sibuk berbanding semasa anda bekerja.

Buat bisnes sendiri tapi sangat banyak masa habis untuk urusan tersebut sehingga tak dapat juga beri perhatian pada anak.  

2.  Kepakaran yang kita ada

3.  Apa impian yang kita inginkan

4.  Networking