Perkhidmatan spa semakin berkembang pesat mengikut keperluan dan kreativiti penyedia spa.
Namun ia berbalik pada konsep kalau tiada permintaan mana kan ada pengeluaran. Konsep demand & supply. Begitu juga perkembangan spa di peringkat global dan tak terkecuali di Malaysia.
Terdapat banyak kategori spa sebenarnya, tetapi orang awam hanya lebih terdedah kepada konsep spa kecantikan atau salun keantikan. Antara kategori spa yang ada ialah:
1. Perkhidmatan Spa Harian
Spa harian adalah spa yang paling common. Ia menyediakan perkhidmatan setiap hari dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Menu spa adalah perawatan untuk kesegaran badan merangkumi rawatan muka, badan, kaki dan tangan
2. Perkhidmatan Spa Menyeluruh
Juga dikenali sebagai spa total merangkumi perubahan gaya hidup sesorang. Ia mengambil masa beberapa hari dan biasanya dibuat di lokasi atau destinasi yang terpilih dan ekslusif . Rawatannya melibatkan bimbingan mengubah pola gaya hidup termasuk corak pemakanan dan lain-lain
Ia juga dikenali sebagai Spa Destinasi
3. Perkhidmatan Spa Hotel / Resort
Ia adalah spa yang dijalankan di hotel bertujuan memberi kesegaran kepada pengunjung hotel
4. Perkhidmatan Spa Medis
Perkhidmatan ini lebih menumpun kepada aspek rawatan menggunakan peralatan dan teknologi. Ia adalah rawatan kosmetik yang melibatkan penggunaan laser, suntikan dan operasi kecil . Biasanya diawasi atau dilaksanakan oleh doktor yang berlesen dalam bidang tersebut. Ada yang sebut ia sebagai spa aesthetic.
5. Perkhidmatan Spa Kesihatan
Spa kesihatan lebih menumpukan kepada penjagaan kesihatan. Dilakukan oleh ahli terapi mengikut bidang.
6. Perkhidmatan Spa Kelab
Spa Kelab adalah spa-spa yang disediakan di kelab-kelab untuk ahlinya secara ekslusif
7. Perkhidmatan Spa Lapangan Terbang
Perkhidmatan spa lapangan terbang menyediakan tempat-tempat rehat untuk penumpang pesawat sebelum berlepas. Ia biasanya tersedia dalam bentuk kerusi urutan sahaja.
Banyak kategori perkhidmatan spa yang ada di Malaysia, jadi kita perlu tentukan spa yang bagaimana kita nak jalankan. Kebanyakan orang membuka Spa Harian yang lebih mudah dan tidak perlu kepakaran bidang tertentu.
No comments:
Post a Comment