Jika anda hendak memulakan bisnes spa dan membuka spa secara besar - besaran, anda wajib mempunyai tim pengurusan yang cekap.
Pengurusan adalah satu proses sosial yang mana anda sebagai seorang pemilik spa atau pengurus perlu mendapatkan kerjasama dan penglibatan pekerja untuk memberikan servis yang terbaik dan berkesan seterusnya menjana keuntungan yang besar dalam bisne .
Sebagai pengurus anda berperanan mengurus sumber yang buan sahaja dari kalangan pekerja tetapi merangkumi pekerja, peralatan atau mesin, bahan-bahan dan juga kaedah atau proses kerja
Sebagai pengurus juga anda perlu mempunyai banyak kemahiran mengurus dan mesti mempunyai kredibiliti dari segi komunikasi, perancangan dan pentadbiran bisnes, berpengetahuan luas dan mempunyai kemahiran untuk mengawal pekerja.
Ia suatu tugas yang berat untuk digalas. Saya sendiri pernah merasa kepayahan untuk mengendalikan semua sumber perniagaan saya kerana kita berurusan dengan manusia. Saya pernah buka kedai kraftangan dan jahitan dengan 3 orang pekerja. Tapi saya akur yang saya bukan seorang pengurus yang cekap.
Nature saya pula, suka bekerja sendiri dan saya mudah lembut hati untuk tegas dengan pekerja.
Bagi saya, saya lebih memilih untuk melakukan bisnes yang tidak memerlukan komitmen yang besar. Tetapi masih menjana keuntungan yang besar.
Bagaiman tu, boleh ke? Jadi, teruskan pembacaan anda hingga ke penamat ebook Mula Bisnes Spa ini.
No comments:
Post a Comment