Apabila nak mula bisnes spa , sudah tentulah perkara yang utama selain kedai, kita perlu sediakan kelengkapan dan peralatan spa.
Penting untuk anda tahu dan membuat penetapan spa anda adalah spa tanpa kedai atau spa yang mempunyai kedai. Kerana kelengkapan dan peralatan untuk kedua-duanya sangat berbeza. Dalam ebook ini saya akan kongsikan bernekaan kelengkapan dan peralatan bagi kedua-dua model bisnes spa. Supaya anda lebih mudah untuk membuat pilihan spa bagaimanakah yangan da nak mula bina.
Tapi, anda perlu ingat, saya adalah pengamal spa tanpa kedai. Tetapi saya mempunyai maklumat berkenaan kelenkapan dan peralatan yang perlu ada bagi seorang yang nak buka kedai atau salon spa. Sebab saya juga dulu buat survey dan kajian tentang salon kecantikan sebab saya ada impian untuk buka spa di kedai.
Mula Bisnes Spa di Premis / Kedai
Setelah anda tentukan untuk buka kedai spa, dah ada lokasi strategik, dah dapatkan kos sewa kedai juga peruntukan untuk ubahsuai, anda perlu senaraikan pula apakah kelengkapan dan peralatan spa anda
Kelengkapan dan peralatan bagi sebuah salon spa adalah merangkumi perkara berikut
- Kelengkapan dan peralatan umum - untuk keperluan pejabat, ruang menunggu, ruang penyimpanan dan ruang rehat pekerja
- Kelengkapan dan peralatan khas spa - untuk rawatan muka, rawatan badan, rawatan kaki tangan
- Bahan - bahan untuk spa - untuk kegunaan spa dan juga perlu ada stok untuk dipamer bagi meyakinkan pelanggan
- Kelengkapan tambahan untuk keceriaan dan dekorasi, ia sangat perlu bagi spa yang dibuka di kedai
Melihat senarai ini sahaja tentu anda dapat bayangkan berapa puluh ribu kos yang perlu anda sediakan.
Mula Bisnes Spa Tanpa Kedai
Untuk bisnes spa tanpa kedai, kelengkapan dan peralatan sangat simple dan sedikit. Anda hanya perlu menyediakan peralatan dalam beg spa. Dan jika anda ada sediakan mini spa di rumah, kelengkapan dan peralatan nya sudah tentu sangat sedikit, memadai menggunakan 1 ruang bilik di rumah anda.
Kelengkapan dan peralatan bagi bisnes spa tanpa kedai antaranya:
- Peralatan untuk spa bergerak - semua dalam 1 beg yang mudah dibawa merangkumi alatan dan bahan untu rawatan muka, badan , kaki dan tangan. Kelengkapan lain seperti besen dan baldi boleh dibincang samada minta pelanggan sediakan atau kita boleh bawa sendiri
- Kelengkapan untuk mini spa dirumah - terdiri daripada peralatan sediada, mulakan dengan apa yang ada seperti toto atau katil sediaada di rumah, kalau ada yang nak ditambah pun alat sauna yang harganya murah dan berbaloi
Nampak mudah dan ringkas bukan penyediaannya. Kita masih boleh tampilkan spa bergerak dan mini spa kita supaya nampak cantik dengan sedikit hiasan dan tambah sedikit sentuhan dalam penyediaan ruang dan bahan-bahan spa juga servis yang kita beri.
No comments:
Post a Comment