Jika anda pernah menjalankan perniagaan dan pernah menghadiri kursus-kursus bisnes dari pakar-pakar bisnes, hampir semua mereka menyebut-nyebut prinsip berniaga adalah kita bantu selesaikan masalah orang.
Apabila kita niatkan perniagaan yang kita jalankan adalah untuk bantu selesaikan masalah ramai orang, insyallah perjalanan bisnes kita akan jadi lebih mudah.
Perniagaan yang mendapat sambutan adalah perniagaan yang dapat selesaikan masalah ramai orang. Ingat tu.
Oleh itu, apa yang dimaksudkan dengan pemasaran dalam konteks bisnes yang nak kita jalankan ni :
i. Kita tawarkan perkhidmatan spa yang mampu memenuhi apa yang pelanggan mahu
ii. Kita mesti beri servis yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan sehingga mereka berminat untuk membuat ulangan
iii. Pemasaran yang kita buat mesti dapat meningkatkan prestasi dan permintaan servis yang kita tawarkan
iv. Pemasaran yang kita buat dapat meningkatkan keuntungan dan perniagaan bertambah maju
Bagi memastikan pemasaran bisnes spa anda mencapai sasaran yang anda mahu, pelanggan mestilah diberi keutamaan dan puas hati dengan servis kita secara berterusan. Mestilah kita nak bisnes spa kita maju dan diminati ramai kan. Kalau boleh nak sentiasa ada pelanggan hingga tak menang tangan.
Pemasaran yang mengutamakan pelanggan lebih mudah kekal lama. Kita perlu sentiasa melakukan perkara berikut:
i. Buat kajian apakah faktor yang mempengaruhi pelanggan untuk mendapatkan khidmat kita
ii. Berusaha untuk memahami dan penuhi keperluan pelanggan
iii. kekalkan hubungan baik dan selalu tanya khabar , bukan sekadar menghantar promosi dan menjual servis
Kita juga perlu titikberatkan perkara berkaitan keperluan dan kehendak pelanggan
Keperluan ni sesuatu yang wajib anda sediakan untuk pelanggan spa anda. Kalau keperluan tak dipenuhi, maka pelanggan akan merasa kurang berpuas hati
Kehendak pelanggan pula apa yang kita tahu, pelanggan kita suka, yang ni kita kena selidik sedikit tentang latarbelakang pelanggan. Ia bukan perkara asas yang anda perlu sedia. Tetapi jika anda penuhi kehendak ini, pelanggan akan rasa sangat berpuas hati
Jadi kesimpulannya disini, pemasaran adalah apa saja daya usaha kita bagi memastikan bisnes kita bertambah maju dan menjana keuntungan
No comments:
Post a Comment