Ebook Mula Bisnes Spa ini kami dedikasikan khas kepada anda yang berminat menjalankan Perkhidmatan spa yang paling common iaitu Spa Kecantikan dan Kesihatan atau spa harian. Ini kerana ia antar ayang paling mudah untuk kita yang baru nak bermula jalankan.
Tidak seperti spa medis dan lain-lain spa yang memerlukan kemahiran khas untuk bermula.
Untuk spa jenis ini pun insyaallah anda dah tak menang tangan
Baiklah, apa dia modul perkhidmatan spa yang biasa ditawarkan . Kebanyakan kursus spa fokus kepada kursus facial dan biasanya tempoh kursus mengambil masa 1 hari untuk facial sahaja.
Kemudian modul lain diajar pada kursus yang berlainan. Kalau ada pun yang dilaksanakan secara pakej, ia mengambil masa 2 hingga 5 hari. Berkenaan pemilihan kursus spa saya akan kongsikan dalam tajuk lain nanti. Cuma saya nak tekankan bahawa kita perlu bijak memilih jenis kursus dan sudah tentu impak kewangannya.
Jadi, mari kita tengok, apakah modul yang patut kita pelajari. Nak belajar facial saja ke, atau nak belajar juga modul-modul lain.
Antara modul-modul rawatan spa kecantikan dan kesihatan adalah seperti berikut:
- Rawatan Facial dan Face Lifting
Rawatan muka atau lebih mudah disebut facial adalah rawatan yang dilakukan untuk mencuci wajah disamping membuang sel kulit mati, melembutkan, mencerahkan dan merawat kulit. Ia selalu dibuat secara berpakej dengan urutan wajah dan mata serta face lifting untuk menegangkan wajah dan mendapatkan V shape yang ramai wanita suka, nak muka nampak lebih tirus tanpa pembedahan
- Rawatan Badan
Rawatan badan selalunya merangkumi rawatan bersauna, skrub atau lulur badan dan juga mandian susu. Ia bertujuan menghaluskan kulit, mencerahkan dan membuang sel kulit mati. Disamping itu ia juga dapat memberi kerehatankepad abadang yang penat
- Rawatan Kaki dan Tangan
Rawatan kaki dan tangan melibatkan manicure dan pedicure dan juga spa kaki dan tangan dengan teknik urutan, skrub dan rendaman
- Rawatan Berpakej
Rawatan secara pakej selalunya akan lebih menguntungkan. Jika kursus yang diambil merangkumi banyak modul, boleh lah anda tawarkan secara pakej.
Kos untuk memulakan bisnes spa adalah perkara utama yang menjadi faktor untuk seseorang memulakan bisnes spa. Oleh itu, perlu buat sedikit pembacaan dan carian berkenaan kursus-kursus yang dianjurkan.
No comments:
Post a Comment