Showing posts with label Bab 4 : Pengurusan. Show all posts
Showing posts with label Bab 4 : Pengurusan. Show all posts

Monday, October 8, 2018

Pengurusan Latihan : Memilih Kursus Spa Yang Sesuai

Ini bahagian yang agak penting dalam Bab 4. Sebab, ada orang nak buka salon kecantikan, tetapi dia tidak membuat kajian terlebih dahulu tentang isi kandungan kursus yang diberikan.  Ramai orang tidak memikirkan secara menyeluruh apabila mereka memilih kursus spa.

Hampir semua orang hanya fikir, pergi belajar ilmu spa dan balik dah boleh buat bisnes spa dan buka salon kecantikan.  Ia sebenarnya tak semudah itu.  Ada banyak langkah lagi yang perlu anda buat.  Sebab itu, sangat ramai di luar sana, yang sertai kursus kemahiran dalam bidang spa akhirnya tidak berjaya menjalankan servis spa dengan betul.  Ada yang tak mula-mula perniagaan sebab tak tahu nak bermula.

Baik, secara jujurnya, anda perlu cari kursus spa yang bukan ajar hanya sekadar kemahiran spa, tetapi ada lengkap semua perkara seolah-olah, tamatnya anda berkursus, petang tu juga anda dah boleh ada pelanggan. Cari kursus yang demikian.

Bisnes ialah berkaitan masa. Orang bisnes tak buang masa lama-lama. Duit modal dah keluar, mesti cepat-cepat buat keuntungan.  Tak boleh buang masa tunggu lama-lama.

Tunggu nak beli barang
Tunggu nak buat ayat iklan dan poster
Tunggu nak berlatih lagi supaya mahir

Saya sangat sarankan, cari kursus spa yang punya ciri-ciri seperti yang saya gambarkan di atas. Habis kursus dah boleh terus buat duit.

Baik, saya kongsikan ciri-ciri kursus yang boleh bantu anda cepat-cepat buat servis dan dapat pendapatan segera atau 'instant cash'.

Oleh kerana saya menulis ebook sendiri, maka saya boleh  kongsikan ciri-ciri kursus spa yang saya buat. Namun ia hanyalah satu kursus dari banyak-banyak kursus yang dibuat di luar sana.

Cuma, untuk peluang yang kursus spa saya tawarkan, saya boleh cerita dengan lebih terperinci.  Untuk kursus penyedia spa di luar sana, saya tidak tahu butiran secara terperinci.  Saya juga tidak akan membandingkan kursus yang saya anjurkan dengan kursus lain.

Tujuan saya hanya ingin beri panduan untuk anda memilih kursus spa yang sesuai untuk anda.


Apa pertimbangan yang perlu anda buat untuk memilih kursus spa yang terbaik:

Kandungan Kursus
Anda bayar satu harga tapi anda belajar pelbagai modul.  Biasanya bila bayar dalam satu pakej, harganya lebih murah.  BErbanding jika anda ambil satu persatu.
Contohnya kami tawarkan 5 modul  rawatan spa iaitu:

Facial Relaxing Treatment & Lifting
Aura Milk Bath & Flower
Foot & Hand Spa
Full Body Scrub + Urut Lulur
Sauna Herbs

Peserta juga akan belajar Modul Untuk Set Spa Dengan Nama Sendiri dengan 5 langkah mudah. 

Peralatan
Pilih kursus yang sediakan kelengkapan dan peralatan yang lengkap.  Alatan termasuk produk untuk kegunaan spa dan juga alat untuk buat spa

Contohnya kami sediakan dalam pakej:

Set produk untuk rawatan muka
Produk untuk skrub muka, badan, kaki dan tangan
Produk untuk topeng muka
Produk untuk sauna 

Manakala untuk kelengkapan dan peralatan lain, antara yang kami sediakan:
Beg untuk menyimpan barangan spa
Alat untuk wap muka
Alat urutan muka berion
Kit permulaan asas termasuk mangkuk besar, mangkuk bancuhan topeng muka, berus, spatula, span muka dan headband
Sijil penyertaan disediakan

Jangkamasa Kursus
Ramai wanita samaada bekerja atau surirumah tidak ada banyak masa untuk pergi kursus berhari-hari.  Cari kursus yang  sesuai untuk anda

Sebagai contoh, kursus yang saya anjurkan diatur bagi memenuhi kekangan yang dihadapi wanita:

Kursus kami hanya berlangsung dalam tempoh 3-4 jam
Boleh dijalankan secara individu ( 1 to 1 ) mengikut masa yang dipersetujui peserta dan saya, bermakna anda tidak perlu tunggu jadual kelas penuh baru boleh mula kursus
Kursus kami hanya dijalankan dirumah samaada rumah jurulatih atau pelatih
Pelatih boleh bawa anak ke tempat latihan sekiranya tiada penjaga

Sokongan Selepas Kursus
Cari kursus yang ada sokongan selepas kursus.  Biasanya ada yang tawarkan tempoh sokongan selama sebulan, 3 bulan  dan sebagainya.  Kumpulan sokongan ini sangat penting untuk anda buat rujukan atau ajukan sebarang pertanyaan

Kursus kami menyediakan sokongan seumur hidup. Kerana sekali peserta sertai kursus di bawah projek kami, ia adalah sebahagian dari keluarga kami.  Kumpulan sokongan kami sangat meriah dan aktif.  Peserta sama-sama menyumbang idea dan bantuan.

Maklumbalas dari Bekas Pelajar
Ini sangat penting.  pastikan ada maklumbalas positif dari pelajar yang pernah sertai kursus.  Dapatkan dari sumber yang dipercayai.


Demikianlah antara ciri-ciri atau perkara  yang boleh anda jadikan panduan untuk memilih kursus spa sebelum anda mulakan bisnes spa.  Ia juga penting jika anda berhasrat untuk menghantar pekerja anda berkursus.

Uruskan berkenaan tempat kursus dan penyedia kursus terlebih dahulu, baharulah anda fikir perancangan untuk buka spa anda.



Tuesday, September 18, 2018

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil

Mengurus kewangan adalah wajib bagi semua pemilik bisnes.  Ini supaya kita dapat pergi lebih jauh lagi dalam bisnes yang kita sedang buat.

Bagi anda yang dah lama berbisnes, tentu anda sudah sedia maklum tentang tanggungjawab ini, tinggal lagi anda amalkan atau tidak saja.

Beberapa panduan mudah yang kita semua boleh lakukan dan buat persediaan sebelum anda semua nak mulakan bisnes spa adalah seperti berikut:

1.  Tabiat
Sangat penting bagi anda yang nak mula bisnes untuk menjaga tabiat menjaga kewangan.  Tabiat orang yang tak berniaga kebiasaannya tidak begitu mengwal kewangan, Perbelanjaan tidak dicatit, duit masuk keluar tidak diambil kira. 

Tetapi bagi orang bisnes, sangat penting untuk anda tulis semua yang anda lakukan. Jangan congak2 dalam kepala sahaja. Jika kita mampu kawal duit, kita juga akan mampu kawal perniagaan.

2.  Asingkan akaun peribadi dan akaun bisnes
Duit yang kita dapat dari bisnes bukan untuk kita beli barangan harian kita.  Ia perlu masuk dalam akaun bisnes.  Kita boleh gunakan duit bisnes melalui perolehan gaji kita sebagai pemilik bisnes secara sistematik.  Memang agak sukar bagi kita yang urus semua urusan jual beli dan akaun bisnes.  Asyik guna dulu lah.  Ini yang bahaya kepada bisnes kita.

Kita umpama perompak bisnes kita sendiri.

3.  Rekodkan semua perbelanjaan  termasuk jualan
Sangat penting untuk kita kumpul semua resit-resit dan tampal di kertas A4, kemudia buat salinan dan masukkan dalam fail.

Kita juga perlu wujudkan payment voucher untuk urusan membayar menggunakan duit syarikat walaupun kita bisnes sendiri. Perkara ini memang perlu disiplin yang kuat.


4.  Kita perlu memahami dengan jelas corak aliran kewangan bulanan kita. Perlu belajar dengan terperinci tentang jualan, kos jualan, untung kasar, kos perniagaan tetap dan untung bersih.  Buat perbandingan bulanan untuk tahu tentang progres bisnes

5. Bayar gaji sendiri
Bayar gaji anda sendiri dengan cara yang betul.  Walaupun bermula dengan jumlah yang sedikit.

6. Bayaran zakat dan cukai
Anda mestilah jadi seorang rakyat yang bertanggungjawab.  Borang efiling wajib anda isi walaupun anda rasa bisnes anda belum layak bayar cukai.  Sebenarnya ramai sangat orang bisnes yang tak ambil kisah tentang perkara ni, bila dah kena bayar denda puluh ribu baharulah kelam kabut.

Selain itu, zakat perlu diutamakan. mesti buat dengan sistematik. 

Kemahiran Mengurus Sumber

Saya mengkagumi orang bisnes yang mampu menguruskan perniagaan yang besar, mempunyai pekerja yang ramai dan aset syarikat yang banyak.

Banyak sumber yang perlu diurus dengan cekap.  Tanggungjawab juga sangat besar.
Seperti yang anda sedia maklum, saya tidak mempunyai pekerja, saya menjalankan bisnes spa saya sendirian tetapi saya masih mempunyai networking bisnes.

Saya mempunyai ejen spa diseluruh Malaysia.  jadi pengurusan sumber saya lebih minima dan memudahkan saya.

Kenapa saya tidak mahu membuka salon dan menggaji pekerja, telah saya ceritakan dalam penulisan sebelum ini.  Saya akan ceritakan tentang cara saya menguruskan spa saya dengan ramai ejen spa seluruh Malaysia di bab pemasaran nanti.

Kali ini , saya nak bawakan anda untuk menghalusi tugas-tugas pengurusan dalam bisnes spa, tidak kira anda nak buka salon atau nak buat bisnes seperti saya sahaja.


Pengurusan Sumber Manusia
Jika membuka salon, anda perlu sekurang-kurangnya 3 orang pekerja.  Seorang untuk bantu anda dalam pengurusan kedai seperti mengatur temujanji, menyemak dan menyusun stok, mengurus akaun dan lain-lain.  2 orang sebagai spa terapis.

Pengurusan Peralatan dan Mesin
Bagi yang berhasrat membuka spa, anda perlu ada beberapa set peralatan seperti

Katil
Steamer stand
Lampu
Sauna
Bath tub
Peralatan-peralatan kecil

Perlu penjagaan yang baik bagi memastikan ia diguna sebaiknya

Pengurusan Bahan
Bahan-bahan dan stok bisnes spa perlu diurus dengan baik, bermula dari anda membeli, menyusun dan yang penting rancang penggunaan stok ini dengan baik supaya anda dapat keuntungan maksimum dari bahan yang dibeli

Apakah dia bahan yang nak diurus?
Untuk Facial - Pencuci muka, bahan skrub, bahan penyegar, bahan masker
Untuk Rawatan Badan - Bahan untuk sauna, bahan untuk mandian susu

Anda juga perlu pastikan stok ini tidak luput tarikh

Pengurusan SOP Bisnes
Ini adalah bahagian yang paling penting juga dalam bisnes spa anda
JIka anda membuka salon, lebih besar SOP anda dan banyak perkara perlu dipertimbangkan

Berbeza jika anda hanya buat bisnes spa tanpa kedai, ia sangat mudah dan simple.

Monday, September 17, 2018

Asas Pengurusan Bisnes Spa

Jika anda hendak memulakan bisnes spa dan membuka spa secara besar - besaran, anda wajib mempunyai tim pengurusan yang cekap.

Pengurusan adalah satu proses sosial yang mana anda sebagai seorang pemilik spa atau pengurus perlu mendapatkan  kerjasama dan penglibatan pekerja untuk memberikan servis yang terbaik dan berkesan seterusnya menjana keuntungan yang besar dalam bisne .

Sebagai pengurus anda berperanan mengurus sumber yang buan sahaja dari kalangan pekerja tetapi merangkumi pekerja, peralatan atau mesin, bahan-bahan dan juga kaedah atau proses kerja

Sebagai pengurus juga anda perlu mempunyai banyak kemahiran mengurus dan mesti mempunyai kredibiliti dari segi komunikasi, perancangan dan pentadbiran bisnes, berpengetahuan luas dan mempunyai kemahiran untuk mengawal pekerja.

Ia suatu tugas yang berat untuk digalas.  Saya sendiri pernah merasa kepayahan untuk mengendalikan semua sumber perniagaan saya kerana kita berurusan dengan manusia.  Saya pernah buka kedai kraftangan dan jahitan dengan 3 orang pekerja.  Tapi saya akur yang saya bukan seorang pengurus yang cekap.

Nature saya pula, suka bekerja sendiri dan saya mudah lembut hati untuk tegas dengan pekerja.
Bagi saya, saya lebih memilih untuk melakukan bisnes yang tidak memerlukan komitmen yang besar.  Tetapi masih menjana keuntungan yang besar. 

Bagaiman tu, boleh ke?  Jadi, teruskan pembacaan anda hingga ke penamat ebook Mula Bisnes Spa ini.