Ini bahagian yang agak penting dalam Bab 4. Sebab, ada orang nak buka salon kecantikan, tetapi dia tidak membuat kajian terlebih dahulu tentang isi kandungan kursus yang diberikan. Ramai orang tidak memikirkan secara menyeluruh apabila mereka memilih kursus spa.
Hampir semua orang hanya fikir, pergi belajar ilmu spa dan balik dah boleh buat bisnes spa dan buka salon kecantikan. Ia sebenarnya tak semudah itu. Ada banyak langkah lagi yang perlu anda buat. Sebab itu, sangat ramai di luar sana, yang sertai kursus kemahiran dalam bidang spa akhirnya tidak berjaya menjalankan servis spa dengan betul. Ada yang tak mula-mula perniagaan sebab tak tahu nak bermula.
Baik, secara jujurnya, anda perlu cari kursus spa yang bukan ajar hanya sekadar kemahiran spa, tetapi ada lengkap semua perkara seolah-olah, tamatnya anda berkursus, petang tu juga anda dah boleh ada pelanggan. Cari kursus yang demikian.
Bisnes ialah berkaitan masa. Orang bisnes tak buang masa lama-lama. Duit modal dah keluar, mesti cepat-cepat buat keuntungan. Tak boleh buang masa tunggu lama-lama.
Tunggu nak beli barang
Tunggu nak buat ayat iklan dan poster
Tunggu nak berlatih lagi supaya mahir
Saya sangat sarankan, cari kursus spa yang punya ciri-ciri seperti yang saya gambarkan di atas. Habis kursus dah boleh terus buat duit.
Baik, saya kongsikan ciri-ciri kursus yang boleh bantu anda cepat-cepat buat servis dan dapat pendapatan segera atau 'instant cash'.
Oleh kerana saya menulis ebook sendiri, maka saya boleh kongsikan ciri-ciri kursus spa yang saya buat. Namun ia hanyalah satu kursus dari banyak-banyak kursus yang dibuat di luar sana.
Cuma, untuk peluang yang kursus spa saya tawarkan, saya boleh cerita dengan lebih terperinci. Untuk kursus penyedia spa di luar sana, saya tidak tahu butiran secara terperinci. Saya juga tidak akan membandingkan kursus yang saya anjurkan dengan kursus lain.
Tujuan saya hanya ingin beri panduan untuk anda memilih kursus spa yang sesuai untuk anda.
Apa pertimbangan yang perlu anda buat untuk memilih kursus spa yang terbaik:
Kandungan Kursus
Anda bayar satu harga tapi anda belajar pelbagai modul. Biasanya bila bayar dalam satu pakej, harganya lebih murah. BErbanding jika anda ambil satu persatu.
Contohnya kami tawarkan 5 modul rawatan spa iaitu:
Facial Relaxing Treatment & Lifting
Aura Milk Bath & Flower
Foot & Hand Spa
Full Body Scrub + Urut Lulur
Sauna Herbs
Peserta juga akan belajar Modul Untuk Set Spa Dengan Nama Sendiri dengan 5 langkah mudah.
Peralatan
Pilih kursus yang sediakan kelengkapan dan peralatan yang lengkap. Alatan termasuk produk untuk kegunaan spa dan juga alat untuk buat spa
Contohnya kami sediakan dalam pakej:
Set produk untuk rawatan muka
Produk untuk skrub muka, badan, kaki dan tangan
Produk untuk topeng muka
Produk untuk sauna
Manakala untuk kelengkapan dan peralatan lain, antara yang kami sediakan:
Beg untuk menyimpan barangan spa
Alat untuk wap muka
Alat urutan muka berion
Kit permulaan asas termasuk mangkuk besar, mangkuk bancuhan topeng muka, berus, spatula, span muka dan headband
Sijil penyertaan disediakan
Jangkamasa Kursus
Ramai wanita samaada bekerja atau surirumah tidak ada banyak masa untuk pergi kursus berhari-hari. Cari kursus yang sesuai untuk anda
Sebagai contoh, kursus yang saya anjurkan diatur bagi memenuhi kekangan yang dihadapi wanita:
Kursus kami hanya berlangsung dalam tempoh 3-4 jam
Boleh dijalankan secara individu ( 1 to 1 ) mengikut masa yang dipersetujui peserta dan saya, bermakna anda tidak perlu tunggu jadual kelas penuh baru boleh mula kursus
Kursus kami hanya dijalankan dirumah samaada rumah jurulatih atau pelatih
Pelatih boleh bawa anak ke tempat latihan sekiranya tiada penjaga
Sokongan Selepas Kursus
Cari kursus yang ada sokongan selepas kursus. Biasanya ada yang tawarkan tempoh sokongan selama sebulan, 3 bulan dan sebagainya. Kumpulan sokongan ini sangat penting untuk anda buat rujukan atau ajukan sebarang pertanyaan
Kursus kami menyediakan sokongan seumur hidup. Kerana sekali peserta sertai kursus di bawah projek kami, ia adalah sebahagian dari keluarga kami. Kumpulan sokongan kami sangat meriah dan aktif. Peserta sama-sama menyumbang idea dan bantuan.
Maklumbalas dari Bekas Pelajar
Ini sangat penting. pastikan ada maklumbalas positif dari pelajar yang pernah sertai kursus. Dapatkan dari sumber yang dipercayai.
Demikianlah antara ciri-ciri atau perkara yang boleh anda jadikan panduan untuk memilih kursus spa sebelum anda mulakan bisnes spa. Ia juga penting jika anda berhasrat untuk menghantar pekerja anda berkursus.
Uruskan berkenaan tempat kursus dan penyedia kursus terlebih dahulu, baharulah anda fikir perancangan untuk buka spa anda.
No comments:
Post a Comment