Monday, October 8, 2018

Pemasaran Mulut ke Mulut

Pemasaran mulut ke mulut atau 'mouth to mouth'.  Anda mesti biasa dengar kan berkenaan pemasaran atau mulut ke mulut

Ia adalah satu pemasaran yang sangat kuat dan dah lama wujud dalam kehidupan seharian kita.

Bagaimana ia berlaku,

1. Pelanggan A mendapatkan servis spa dari anda
2. Anda memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan.  Malahan servis anda mempunyai nilai tambah yang membezakan anda dari servis spa di tempat lain.  
3. Pelanggan sangat berpuas hati dan sentiasa berderita tentang spa anda kepada rakan dan saudara mara beliau.
4. Rakan dan saudara mara mereka pula yang jadi pelanggan anda dan kitaran ini berterusan jika anda terus memberikan khidmat yang memuaskan.

Bagaimana nak dapatkan pemasaran mulut ke mulut yang berkesan

- Servis Tip Top
Anda berikan servis spa yang terbaik dengan menggunakan produk yang terbaik, berkesan dan selamat.

- Servis Selepas Jualan
Hubungi pelanggan-pelanggan yang pernah mendapat rawatan spa dengan anda untuk memastikan mereka mendapat kesan yang terbaik dari rawatan anda

- Selalu buat engagement
Bina hubungan rapat dan mesra

Anda boleh bertanya khabar berkenaan kesan yang dirasai selepas rawatan, anda boleh berikan tips , promosi juga sebarang informasi. 

Jangan lupa untuk berterima kasih kepada pelanggan yang pertama.  Anda boleh hubungi beliau dan tawarkan harga istimewa untuk rawatan seterusnya. Dengan ini, pelanggan akan berasa gembira walaupun beliau berkongsi tentang spa anda secara percuma sahaja.



No comments:

Post a Comment