Monday, October 8, 2018

Rawatan Badan

Rawatan badan adalah antara rawatan yang biasanya ditempah oleh golongan tertentu. Tidak semua wanita mendapatkan perkhidmatan ini.

Jom kita lihat, apakah jenis-jenis rawatan badan yang selalu ditawarkan di pusat-pusat spa:

1.  Skrub Badan atau Lulur
2.  Urutan.  Ada pelbagai jenis urutan dalam kategori ini
3.  Mandian Herba atau Sauna
4.  Mandian Susu dan Bunga

Ini adalah rawatan asas. Tetapi semakin banyak pusat spa yang memperkenalkan pelbagai rawatan moden juga tradisional dalam pakej rawatan mereka.  Ada juga yang menggunakan peralatan dan mesing yang serba canggih.

Sudah tentu harga rawatannya juga mahal

Bagi anda yang baru nak mulakan bisnes spa, anda hanya perlu belajar rawatan asas yang mudah. Pengalaman saya, sehingga sekarang saya tak sempat nak belajar rawatan-rawatan baru disebabkan dengan ilmu rawatan yang asas pun dah tak menang tangan dibuatnya.

Rawatan badan biasanya ditempah oleh wanita yang lebih matang antaranya wanita yang bakal berkahwin, wanita dalam pantang dan habis berpantang dan juga wanita dah berkahwin yang nak sentiasa kelihatan cantik untuk suami.

Walaupun tempahan tidak semeriah rawatan wajah, tetapi ia tetap menjadi pilihan ramai wanita kerana ia dapat memberikan kerehatan kepada para wanita setelah penat bekerja dan mengurus rumahtangga.

No comments:

Post a Comment