Tuesday, October 9, 2018

Rawatan Kaki dan Tangan

Rawatan Kaki dan Tangan biasanya ditempah oleh golongan wanita yang akan bertunang dan berkahwin.  Ia juga telah menjadi kebiasaan dan makin ramai yang menjadikan rawatan ini sebagai tambahan kepada majlis berinai.

Mereka yang mendapatkan rawatan ini biasanya mereka yang mahukan kulit angan yang cantik dan lembut kerana ia membuang sel kulit mati dan mencantikkan kuku.

Kuku yang cantik menggambarkan seseorang itu sangat menjaga kebersihan.

Rawatan Kaki biasanya ada dua jenis iaitu 
- Rawatan Spa Kaki
Rawatan ini biasanya melibatkan rendaman dalam air garam suam yang melegakan kaki yang penat.  Kemudian seluruh kaki pelanggan akan di skrub untuk membuang kulit mati . Juga dibuat urutan untuk merehatkan. 

- Rawatan Kuku Kaki atau Pedicure
rawatam ini  juga melibatkan rendaman kaki dalam air garam suam.  Tetapi ia lebih memfokus kepada memotong kuku, membuang kotoran dalam kuku dan melicinkan permukaan kuku 


Rawatan Tangan juga ada 2 jenis iaitu
- Rawatan Spa Tangan
RAwatan spa tangan juga melibatkan rendaman dalam air garam suam.  Kemudian di buat skrub untuk menghalus dan mencerahkan kulit tangan
- Rawatan Kuku Tangan atau Menicure
Rawatan kuku tangan juga melibatkan rendaman.  Kuku akan dipotong, dibuang kotoran, dan dilicinkan menggunakan alat pengikis kuku.  

Rawatan Kaki dan tangan ini antara rawatan yang boleh dibuat denan pantas .  Biasanya saya mendapat t empahan dari sekumpulan wanita untuk majlis -majlis seperti berinai.



No comments:

Post a Comment