Rawatan wajah adalah rawatan yang biasanya sangat sinonim dengan spa. Apabila sebut spa , mesti ramai yang terbayangkan rawatan wajah.
Ia rawatan spa yang paling tinggi permintaan. Kerana ramai wanita mendifinisikan cantik itu bermula dari wajah. Kerana wajah adalah yang mula-mula sekali diperhati.
Dalam banyak-banyak langkah rawatan, rawatan wajah adalah rawatan paling terperinci.
Dalam kursus spa kami, ia mengambil masa paling lama untuk peserta belajar keseluruhan teknik.
Terdapat 7 langkah rawatan wajah yang asas.
1. Mencuci dengan pencuci muka
2. Mengewap muka
3. Membuat skrub muka
4. Membuang blackhead dan whitehead
5. Menyapu topeng wajah
6. Membuat urutan wajah dan mata
7. Menyapu penyegar, pelembap, serum dan sebarang tambahan servis
7. Rawatan untuk menaikkan wajah
Setiap rawatan ini sebenarnya hampir sama sahaja teknik urutan dan sapuan. Yang membezakan antara kursus-kursus spa adalah produk yang digunakan dan juga teknik rahsia setiap pengajar.
Saya dah banyak pergi ke pusat rawatan spa sebelum saya berkecimpung dalam bidang spa ini. Kebanyakan spa menggunakan produk yang saya ragui sumber dan kualitinya. Kalau tanya lebih-lebih, tak senang pula pemilik nya kan.
Teknik urutan wajah pada setiap langkah rawatan boleh didapati secara meluas di youtube dan google. Kebanyakannya ia adalah teknik yang sama.
Berikut adalah beberapa teknik urutan yang digunakan semasa mencuci , membuat skrub dan membuat urutan
**gambar
Kita sebagai terapis kecantikan juga perlu ada ilmu-ilmu penjagaan wajah untuk dikongsi kepada pelanggan supaya ia menajdi nilai tambah kepada perkhidmatan spa kita
No comments:
Post a Comment