Thursday, October 11, 2018

Ulasan Ebook Anakku, Perjalanan Masih Jauh

Saya sebenarnya tidak kuat kalau nak membaca dan mengulas  buku tentang kisah berkaitan anak. Puan Ida Kamilia, seorang ibu yang sangat cekal, insan terpilih yang Allah sendiri pilih. Belum membaca keseluruhan buku ini, airmata saya bergenang. Besarnya dugaan ibu ayah ketika Aina tantrum dan ibu ayah tak cukup tidur. Memang perlu kesabaran dan kasih sayang yang kuat antara suami isteri untuk menghadapi semua ini.

Penulisan Puan Ida Kamilia tentang Hanya Satu begitu memberi kesan dan keinsafan dan boleh menyentuh hati ibu ayah yang membaca, kerana dalam beribu sperma, Allah nak bagi kita anak yang satu itu untuk lihat betapa amanahnya kita menjaga amanah Allah pada kita.

Saya sangat pasti, ibu-ibu terutamanya yang kadang-kadang hilang kesabaran dalam menangani kerenah anak, akan lebih rasa bersyukur apabila membaca buku ini.  Dugaan membesarkan anak pada zaman serba mencabar ini perlu kekuatan dan ibu-ibu perku banyak membaca dan berkongsi untuk melaluinya dengan tabah.

Moga tulisan Puan Ida Kamilia dapat memberi manfaat kepada ramai orang yang dahagakan ilmu keibubapaan diluar sana.


No comments:

Post a Comment