Showing posts with label Bab 3: Kelengkapan & Peralatan. Show all posts
Showing posts with label Bab 3: Kelengkapan & Peralatan. Show all posts

Tuesday, October 9, 2018

Peralatan Pakej Spa The Walking Beauty Project (0% progres)

Pilihan Pakej Kursus Lengkap Peralatan (0% progres)

Beli dan Jana Untung Berkali-kali dari Produk Spa (0% progres)

Sumber Pendapatan dari Produk

Saya pernah gagal dalam bermacam-macam bisnes.
Saya pernah rasa penatnya menjual produk tapi hanya dapat untuk pada ketika itu sahaja dan dalam jumlah yang sangat sedikit
Saya pernah rasa penat buat bisnes kek, tapi saya hanya dapat untung jual kek, bila kira balik untung belum dapat cover modal, sebab, bila beli barang, ada lebihan lagi.
Jika saya tiada tempahan kek, barang tu akan tamat tempoh. Barangan buat kek ni pula banyak jenis, saya perlu banyak masa untuk urus stok dan buat akaun kira2

Antara ciri bisnes yang saya cari adalah bisnes yang memberi saya lebih

1. Buat bisnes sekarang, tapi hasilnya masih boleh dituai bila kita dah tak buat bisnes tu lagi
2. Buat bisnes  yang dapat upah buat servis, dalam masa yang sama dapat untung dari jualan produk
3. Buat 1 bisnes, dapat pendapatan bukan saja dari 1 cabang, malah 3 atau lebih lagi
4. Buka cawangan, tapi tak perlu tambah pening bab pengurusan

Bisnes spa yang saya buat,
Saya dapat upah spa
Dalam masa sama saya juga jana pendapatan dari
- untung runcit produk
- bonus jualan produk

Jadi, bila nak buat bisnes spa atau bisnes lain, usahakan agar bisnes tu ada sistem yang kuat dari syarikat yang telah lama bertapak di Malaysia mahupun diperingkat global

Saturday, October 6, 2018

Pilih Skincare Yang Selamat dan Berkesan

Pusat rawatan spa ni dah lama wujud di negara kita.  Saya ingat lagi pada tahun 1999 , saya rajin ke pusat spa.  Masa tu masih belajar lagi.  Tak ingat siapa yang mempengaruhi saya untuk ke pusat spa.

Yang saya ingat, selepas buat rawatan spa  beberapa kali, muka saya jadi berjerawat.  Sampai saya putus asa nak berubat.

Kemudian pada tahun 2015, saya dah sertai bisnes Shaklee. Masa ni memang kesedaran saya tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan berubah 200%

Saya sangat alert dengan ubat ubatan dan bahan yang digunakan dalan skincare

Kemudian, pada tahun 2017, saya sertai projek spa The Walking Beauty yang mana kami gunakan produk Shaklee yang menjamin semua produknya adalah Selamat, Berkesan & Mesra Alam (semulajadi)

Saya sangat suka konsep dan falsafah syarikat ini. Dan yang seronok lagi, buat spa dengan produk yang dah dikenali ramai lebih mudah untuk kita buat pemasaran

Hasil spa juga dapat banyak feedback positif dari pelanggan dan ramai rakan dan team spa saya mudah dapat pelanggan ulangan

Untuk buat home atau mobile spa, anda boleh guna produk yang anda guna sendiri saja. Anda boleh guna apa saja produk yang anda pilih tetapi pastikan anda semak semula bahan-bahan dibdalannya

Elakkan sama sekali menggunakan produk yang anda ketahui ia adalah produk:
- produk yang ada bahan kimia berbahaya, boleh semak di web KKM
- produk buatan sendiri
- produk baharu yang masih belum ada maklumbalas pelanggan

Pilih produk yang dikeluarkan  syarikat yang kukuh dan telah lama beroperasi. 

Anda perlu berhati- hati dengan syarikat yang masih baru. Kerana ada antara yang akan buat pembungkusan dan penjenamaan semula apabila produk telah mendapat makumbalas negatif dari pelanggan.

Strateginya, apabila produk bermasalah atau tak berkesan, mereka dah rancang untuk ubah jenama, pembungkusan dan buat semula promosi pemasaran besar besaran. 

Berbeza dengan syarikat yang dah lama , yang kukuh dan yang memang komited jaga kepentingan pelanggan

Saya sangat suka Shaklee dalan dalan konteks ini. Ini kerana apabila ada komen dari pelanggan, pakar nutrisi dan juga saintis Shaklee akan jawab persoalan tersebut.

Jadi, ingat  ! Pemilihan produk untuk kegunaan spa anda.

Konsep Hiasan Spa

Apa yang saya seronok dan teruja sangat masa nak buat bisnes spa ni adalah bila berangan tentang hiasan spa. Masa mula tu selalu google deco spa.  Lebih-lebih lagi idea DIY untuk deco spa sebab bajet rendah.

Dekorasi spa ni bukan hanya melibatkan dekorasi ruang, tetapi juga setiap leralatan dan tempat yang kita buat spa seperti katil, kerusi untuk spa kaki, ruang sauna dan mandi susu termasuk hiasan barang-barang kecil.

Kita buat macam ni supaya nampak sentuhan yang istimewa untuk spa kita walaupun buat mobile atau home spa.


Hiasan Salon Spa
Jika anda berhasrat buka kedai atau butik spa, anda perlu ada
- perancangan yang sangat terperinci
- modal besar
- peruntukan pemasaran yang besar

Sebab apa?
Sebab nak buka kedai spa bukan semudah yang disangka.
Bila anda buka butik, pelanggan datang mesti aspect suasana salon yang ekslusif

Antara keperluan hiasan untuk sebuah salon
- tema keseluruhan salon
- ruang rehat
- ruang spa yang serba lengkap hiasan lantai, dinding termasuk lampu-lampu untuk meningkatkan suasana spa
- hisan seperti elemen air dan pencahayan
- hiasan ruang penyimpanan dan front office

Biasanya modal yang diperlukan untuk anda buka sebuah salon spa melebihi rm30K


Hiasan Home Spa
Untuk home spa, kita gunakan konsep gunakan apa saja peralatan yang sedia ada di rumah dan konsep hiasan kita buat secara DIY, iaitu buat sendiri

Biasanya home spa kita hanya perlu hias sebuah bilik , jadi kosnya lebih minima.

Walaupun home spa, anda masih boleh buat hiasan seperti di salon sebab kelengkapan semua dah ada, jadi anda boleh fokus lebih kepada menghias bilik spa anda

Peruntukan dalam anggaran RM 200 pun dah mencukupi untuk hiasan


Hiasan Mobile Spa
Mobile spa adalah konsep spa bergerak ke rumah pelanggan.

Jadi, keperluan hiasan lebih minima.
Anda hanya perlu fokus kepada peralatan yang anda bawa.

Walau buat dirumah pelanggan, kita masih perlu buat sedikit dekorasi supaya pelanggan rasa menarik sangat spa kita.

Antara yang anda boleh sediakan:
- Alas , selimut, tuala kecil mengikut warna tema spa anda
- bakul / bekas untuk anda setup station peralatan spa anda
- bawa lilin aromaterapi atau diffuser minyak terapi

Walaupun ringkas, pelanggan pasti rasa sangat dihargai

Modal pun sangat minima dalam lingkungan RM100 ke bawah saja

Jadi, sebelum anda mula bisnes spa anda, anda perlu fikir konsep bagaimana yang anda nak buat.



Thursday, September 20, 2018

Memaksimumkan Penggunaan Peralatan

Senarai peralatan telah disediakan.  Tinggal lagi nak keluarkan wang dan membuat tempahan barang-barang ataupun pergi ke pusat-pusat jualan barangan spa.

Tetapi, suka saya nak kongsikan, apabila kita nak mula bisnes, sebaiknya kita cuba jimatkan penggunaan modal untuk peralatan.  Walaupun belum lengkap sepenuhnya, ada peralatan yang asas pun, kita dah boleh mula bisnes.

Saya selalu berhadapan dengan peserta yang bertangguh untuk memulakan bisnes sebab nak semua lengkap.  Nasihat saya, apa saja yang kita dah ada, kita mula kan saja. Lepas tu insyaallah satu persatu peralatan bisnes anda akan bertambah.

Saya beri beberapa contoh cara memaksimumkan penggunaan peralatan terutama peralatan sedia ada dirumah

1. Gunakan ruang bilik yang tidak digunakan di rumah dan buat hiasan ringkas bersih dan menarik pada kos yang minima

2. Gunakan katil sediada di rumah atau guna toto. Yang penting hias ala-ala pusat spa

3. Untuk mandian susu boleh gunakan cara jirusan dari baldi jika belum sedia beli bathtub

4. Untuk sauna bagi yang belum ada kebuk sauna, boleh lakukan seperti cara bertangas dengan memakai sarung kain batik yang dijerut di bahagian leher

Pendek kata, gunakan apa saja yang ada dahulu untuk mulakan bisnes spa. 

Jenis-jenis Peralatan Mengikut Rawatan

Mari kita sama-sama lihat apakah peralatan dan keperluan bisnes spa mengikut keperluan rawatan.  


Rawatan Wajah
Rawatan wajah selalunya merangkumi langkah- langkah mencuci mekap dan sediakan kulit untuk facial, mencuci dengan pencuci muka, membuat skrub, mengeluarkan blackhead whitehead, stim, masker dan sapuan penyegar, pelembap, serum dan sebagainya. Juga urutan untuk lifting

Jadi peralatan bagi setiap langkah tersebut perlu anda senaraikan

Mencuci mekap - makeup remover, span, mangkuk air
Mencuci - pencuci muka
Steam - alat steamer portable atau yang ada stand
Skrub - bahan untuk skrub. Elakkan yang ada micribeads
Blackhead /whitehead - penyedut, besi
Masker - bahan masker, bahan-bahan semulajadi, gauze, berus dan mangkuk
Penyegar - penyegar dan tisu muka
Pelembap/serum - ion massager
Kelengkapan seperti katil, set alas dan selimut .


Rawatan Badan
Rawatan badan selalunya ada beberapa jenis iaitu sauna, skrub dan lulur, urutan , bersauna dan mandian susu atau rempah

Antara bahan dan peralatan yang diperlukan

Sauna - kebuk sauna dilengkapi periuk, bahan herba, resepi bahan sauna
Skrub  dan lulur - bahan skrub, alas , persalinan kain batik 
Urutan - minyak urutan
Mandian susu - bath tub/baldi dan gayung, bahan madian susu, bunga-bunga segar


Rawatan Kaki & Tangan  
Rawatan kaki dan tangan juga ada beberapa kategori iaitu 
Untuk tangan  ada manicure, spa tangan dan mewarna atau menghias kuku
Untuk kaki ada pedicure dan spa kaki

Keperluan untuk rawatan-rawatan ini adalah,

Manicure - kelengkapan manicure termasuk krim pelwembut, besin rendaman garam bukit

Spa tangan - mangkuk air dan rendaman garam bukit serta bunga-bunga segar

Pedicure - kelengkapan pedicure, besin rendaman garam bukit dan bunga-bunga segar

Spa kaki - bekas rendaman kaki dengan garam bukit, bahan skrub, alat untuk membuang sel kulit mati

Dimana Dapatkan Peralatan Spa

Apabila nak buka sesuatu bisnes, kita pasti akan membuat survey dimanakah kita boleh dapat peralatan spa yang mempunyai ciri-ciri yang terbaik dan sesuia untuk bisnes spa kita.  Paling penting kita nak dapatkan pada harga yang berbaloi supaya keuntungan dapat dilipatgandakan.

Pertimbangan Sebelum Mencari Peralatan Spa
Ada beberapa perkara perlu anda fikir sebelum membeli peralatan spa

- Tentukan konsep bisnes spa samada buka kedai atau mobile dan home spa
- lihat pakej belajar spa, pilih kursus yang lengkap peralatan untuk mula bisnes spa
- Lihat beberapa profail peserta yang pernah menyertai kursus di tempat berkenaan


Cadangan Dari Pemberi Latihan
Sekiranya anda telah menyertai kursus, biasanya pemberi latihan mempunyai pembekal-pembekal barangan spa ini.

Pastikan juga anda mendapat panduan dari mereka berkenaan jenis, model, kualiti dan harga yang berpatutan.

Pastikan anda minta senarai pembekal dari trainer anda semasa berkursus dan terus hubungi pembekal. Supaya sebarang cadangan dari pembekal boleh dirujuk terus kepada trainer anda.

Selepas kursus, terus beli . Sekiranya tidak anda akan bertangguh dan lambat mulakan bisnes anda.


Disediakan Lengkap Oleh Pemberi Latihan
Yang paling terbaik adalah sertai kursus yang bersekali pakej lengkap peralatan.  Ini kerana walaupun trainer anda berikan senarai barang, senarai pembekal, anda akan ambil masa yang lama untuk mengumpul semua alat dan kelengkapan spa. Akhirnya semangat yang berkobar terus padam

Monday, September 17, 2018

Keperluan Peralatan Spa

Apabila nak mula bisnes spa , sudah tentulah perkara yang utama selain kedai, kita perlu sediakan kelengkapan dan peralatan spa.

Penting untuk anda tahu dan membuat penetapan spa anda adalah spa tanpa kedai atau spa yang mempunyai kedai.  Kerana kelengkapan dan peralatan untuk kedua-duanya sangat berbeza.  Dalam ebook ini saya akan kongsikan bernekaan kelengkapan dan peralatan bagi kedua-dua model bisnes spa.  Supaya anda lebih mudah untuk membuat pilihan spa bagaimanakah yangan da nak mula bina.

Tapi, anda perlu ingat, saya adalah pengamal spa tanpa kedai.  Tetapi saya mempunyai maklumat berkenaan kelenkapan dan peralatan yang perlu ada bagi seorang yang nak buka kedai atau salon spa.  Sebab saya juga dulu buat survey dan kajian tentang salon kecantikan sebab saya ada impian untuk buka spa di kedai.

Mula Bisnes Spa di Premis / Kedai

Setelah anda tentukan untuk buka kedai spa, dah ada lokasi strategik, dah dapatkan kos sewa kedai juga peruntukan untuk ubahsuai,  anda perlu senaraikan pula apakah kelengkapan dan peralatan spa anda

Kelengkapan dan peralatan bagi sebuah salon spa adalah merangkumi perkara berikut
  • Kelengkapan dan peralatan umum - untuk keperluan pejabat, ruang menunggu, ruang penyimpanan dan ruang rehat pekerja
  • Kelengkapan dan peralatan khas spa - untuk rawatan muka, rawatan badan, rawatan kaki tangan
  • Bahan - bahan untuk spa - untuk kegunaan spa dan juga perlu ada stok untuk dipamer bagi meyakinkan pelanggan
  • Kelengkapan tambahan untuk keceriaan dan dekorasi, ia sangat perlu bagi spa yang dibuka di kedai 
Melihat senarai ini sahaja tentu anda dapat bayangkan berapa puluh ribu kos yang perlu anda sediakan.



Mula Bisnes Spa  Tanpa Kedai

Untuk bisnes spa tanpa kedai, kelengkapan dan peralatan sangat simple dan sedikit.  Anda hanya perlu menyediakan peralatan dalam beg spa.  Dan jika anda ada sediakan mini spa di rumah, kelengkapan dan peralatan nya sudah tentu sangat sedikit, memadai menggunakan 1 ruang bilik di rumah anda.

Kelengkapan dan peralatan bagi bisnes spa tanpa kedai antaranya:

  • Peralatan untuk spa bergerak - semua dalam 1 beg yang mudah dibawa merangkumi alatan dan bahan untu rawatan muka, badan , kaki dan tangan.  Kelengkapan lain seperti besen dan baldi boleh dibincang samada minta pelanggan sediakan atau kita boleh bawa sendiri
  • Kelengkapan untuk mini spa dirumah - terdiri daripada peralatan sediada, mulakan dengan apa yang ada seperti toto atau katil sediaada di rumah, kalau ada yang nak ditambah  pun alat sauna yang harganya murah dan berbaloi
Nampak mudah dan ringkas bukan penyediaannya.  Kita masih boleh tampilkan spa bergerak dan mini spa kita supaya nampak cantik dengan sedikit hiasan dan tambah sedikit sentuhan dalam penyediaan ruang dan bahan-bahan spa juga servis yang kita beri.