Tuesday, October 9, 2018

Pemasaran Online dan Offline

Di dunia tanpa sempadan ni, sangat rugi kalau kita tak gunakan teknologi yang ada untuk kebaikan dan untuk kembangkan perniagaan kita.

Untuk anda yang selalu sibuk dan sangat pemalu, pemasaran secara online lah yang paling seusai untuk anda.  Ini kerana, pengguna internet sangat ramai dan apa yang kita kongsi atau iklankan akan sampai kepada ramai orang tanpa kos atau dengan kos yang sangat murah

Ada banyak sangat medium yang digunakan oleh orang bisnes antaranya Facebook, Instagram, Website, Blog, Twitter dan bermacam-macam lagi.  Walaupun ada banyak medium-medium baru yang akan muncul di masa akan datang, saya masih berpegang bahawa medium yang paling asas iaitu Facebook, Blog dan Instagram adalah 3 medium yang perlu kita gunakan secara konsisten.

Saya sendiri menggunakan Facebook sebagai medium untuk bisnes. Bagi saya Facebook sesuai untuk kita brandingkan diri kita.  Ada orang memang buat sale ratus ribu di Facebook. 


Facebook



Instagram



Blog

No comments:

Post a Comment