Monday, October 8, 2018

Material Pemasaran

Pemasaran yang baik ada beberapa aspek yang perlu ditekankan.  Saya tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Bukan dari buku rujukan
Untuk maju sesuatu perniagaan, bila anda dah ada ilmu, dah ada produk belum cukup lagi untuk anda bersaing dengan ramai peniaga diluar sana.  Pemasaran yang berkesan  ada aspek-aspeknya yang perlu disediakan:

Material Untuk Sokong Aktiviti Pemasaran
Antara contoh material atau bahan-bahan yang diperlukan untuk menguatkan pemasaran adalah seperti berikut:

1. Gambar produk
Mesti ada gambar produk yang menarik dan nampak profesional.  Gambar memainkan peranan penting sebab dari mata turun ke hati.  dari gambar, menyebabkan mata tertangkan dan pelanggan akan rasa berminat untuk tau lebih lanjut

Gambar produk bagi sebuah perniagaan spa adalah gamab-gambar semasa buat servis, gambar produk yang digunakan, gambar ruangan spa  dan juga gambar pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan kita

2. Gambar Testimoni
Gambar testimoni biasanya ada dua yang asas.
Pertama adalah gambar pelanggan sebelum mendapat servis spa  kita.
Kedua adalah gambar 'screen shot' perbualan di whatsapp.  Gambar testimoni mestilah real, jelas dan ada penekanan ayat pada gambar sebagai  ringkasan perbualan dari screenshot

3. Ayat Iklan atau Ayat Copywriting
Dah ada gambar, mestilah kita ada ayat untuk kita muatnaikkan di media yang kita guna untuk jualan.  Penulisan ayat ini mestilah merangkuli ayat iklan secara Soft Sell dan juga Hard Sell

4. Cara 'Call to Action'
Ayat untuk memudahkan pelanggan menguhubungi kita.  Ayat 'Call to action yag menarik mesti disediakan.  Kita perlu sediakan  link memudahkan pelanggan menghubungi kita.  Sekarang dah ada macam -macam cara antaranya klik link di wasap tanpa perlu pelanggan save nombor kita.  Kita juga boleh sediakan form untukmemudahkan pelanggan.


Team Yang Kuat dan Bekerjasama
Buat bisnes secara berjemaah lebih baik dari buat sendirian. Bila ada team yang kuat, kerja-kerja boleh dibahagikan.  

Kumpulan Sokongan untuk Sumber-Sumber Pemasaran
Selain team yang kuat, kita juga perlu ada kumpulan sokongan yang kuat.  Kumpulan sokongan ini biasanya dibuat dalam media sosial seperti Telegram dan whatsapp

Penting nya kumpulan sokongan ini kerana founder atau leader boleh bagi  macam-macam maklumat dan motivasi dalam kumpulan ini


Oleh itu, untuk mula bisnes spa, saya nasihatkan, pilih bisnes yang dah ada branding yang kuat dan ada semua aspek yang sata terangkan di atas.

No comments:

Post a Comment