Saya ditanya oleh beberapa orang yang selalu mengikuti perkembangan bisnes spa saya di media sosial. Ada juga yang bertanya dari kalangan pengusaha spa yang telah menjalankan bisnes spa.
Ada juga dari kalangan orang ramai yang sedang meninjau-ninjau untuk membuka bisnes spa.
Soalan mereka, boleh ke buat bisnes spa, tapi tak ada kedai.
Mereka nak mula bisnes spa tetapi memikirkan modal yang besar diperlukan untuk mereka menjalankan bisnes spa
Jadi, saya tanya mereka semula,
Kalau tanpa kedai, masih boleh ke cik puan lakukan servis spa
Persoalan saya sebenarnya, Perlu ke Ada Premis Spa?
Servis spa tidak seperti bisnes tipikal seperti kedai runcit, restoran, pasaraya yang memerlukan ruang pamer untuk meletakkan produk mereka. Sedangkan pada masa sekarang pun, ada kedai runcit yang dah mula dibuat di alam maya.
Jadi seiring dengan kemajuan teknologi maklumat sekarang, premis tanpa kedai sudah menjadi satu perkara yang tidak mustahil
Memang ada segelintir yang masih mempunyai pemikiran, nak berniaga mesti buka kedai, mesti buka premis. Mesti buat besar-besar terus supaya orang nampak.
Pada saya, selama hampir setahun dalam bidang ini, ia sama sekali bukan satu keutamaan.
Tim kami memberiakan garispanduan yang paling mudah untuk mula bisnes spa iaitu mulakan dengan modal yang kecil dan mulakan dengan apa yang ada dengan sedikit modal untuk peralatan asas iaitu produk yang hebat dan peralatan yang asas.
Membuka kedai spa untuk merancakkan pemasaran bukan lah aspek utama.
Pemasaran bisnes spa anda adalah terletak kepada usaha yang konsisten dalam mempromosikan bisnes spa tanpa kedai anda
No comments:
Post a Comment