Monday, October 8, 2018

Ada Apa Dengan Testimoni

Testimoni adalah suatu bukti yag menguatkan bahawa produk atau servis anda adalah yang terbaik.  Ia bertujuan memberi keyakinan kepada bakal pelanggan anda.  Namun, ada banyak juga perkara perlu dipertimbangkan untuk sebuah testimoni.

Testimoni Sebenar
Bila anda kongsikan testimoni, pastikan ia adalah testimoni yang sebenar. Bukan testimoni yang dibuat-buat.  Ia adalah berkait rapat dengan keberkatan dalam berniaga.

Selalunya, apa yang nak disampaikan jika ia ikhlas dan datang dari hati , ia akan sampai ke hati orang yang kita nak sampaikan.

Contohnya, saya sebagai pengajar spa,
Saya banyak kongsikan tentang kejayaan anak murid spa saya.

Jika anak murid saya seorang ibu tunggal yang bangkit dari kesusahan selepas diceraikan, tujuan saya kongsikan testimoni itu supaya ia menyentuh hati mereka di luar sana yang sedang tersepit.  Moga ia sampai kepada wanita yang benar-benar memerlukan

Jenis Testimoni
Antara testimoni dalam bisnes spa yang kita gunakan adalah:
- gambar ramai pelanggan sedang buat spa
- maklumbalas pelanggan tentang dia berpuas hati dengan perkhidmatan kita
- gambar pelanggan sebelum dan selepas buat spa
- gambar sedang buat persiapan di ruang spa kita untuk terima pelanggan

Bila dan di Mana
Bila kita nak gunakan testimoni-testimoni ini?

Biasanya kita akan guna untuk tujuan mempromosikan servis spa kita.
Boleh buat pos di facebook, instagram, blog  dan juga dalam whatsapp.

Boleh lihat bagaimana saya masukkan testimoni di Blog, Facebook dan Whatsapp

*** Gambar2

Asalkan ia sampai kepada pelanggan kita.

Cara Edit Testimoni
Testimoni selalunya kita akan buat suntingan.
Ada banyak cara dan teknik untuk buat suntingan.  Sekarang lebih mudah dengan wujudnya banyak aplikasi di play store bagi pengguna android juga di apple store bagi pengguna iphone

Aplikasi yang biasa saya gunakan adalah PIXLR, Snapseed, Wordswag
Ini gambar hasil-hasil suntingan yang saya pernah buat.

Biasanya suntingan testimoni kita akan masukkan butiran untuk dihubungi, watermark dan juga sedikit ringkasan tentang testimoni tersebut.

Insyaallah saya akan buat 1 kelas bonus untuk pembeli ebook ini.

No comments:

Post a Comment