Showing posts with label Bab 2: Kategori Rawatan. Show all posts
Showing posts with label Bab 2: Kategori Rawatan. Show all posts
Tuesday, October 9, 2018
Rawatan Kaki dan Tangan
Rawatan Kaki dan Tangan biasanya ditempah oleh golongan wanita yang akan bertunang dan berkahwin. Ia juga telah menjadi kebiasaan dan makin ramai yang menjadikan rawatan ini sebagai tambahan kepada majlis berinai.
Mereka yang mendapatkan rawatan ini biasanya mereka yang mahukan kulit angan yang cantik dan lembut kerana ia membuang sel kulit mati dan mencantikkan kuku.
Kuku yang cantik menggambarkan seseorang itu sangat menjaga kebersihan.
Rawatan Kaki biasanya ada dua jenis iaitu
- Rawatan Spa Kaki
Rawatan ini biasanya melibatkan rendaman dalam air garam suam yang melegakan kaki yang penat. Kemudian seluruh kaki pelanggan akan di skrub untuk membuang kulit mati . Juga dibuat urutan untuk merehatkan.
- Rawatan Kuku Kaki atau Pedicure
rawatam ini juga melibatkan rendaman kaki dalam air garam suam. Tetapi ia lebih memfokus kepada memotong kuku, membuang kotoran dalam kuku dan melicinkan permukaan kuku
Rawatan Tangan juga ada 2 jenis iaitu
- Rawatan Spa Tangan
RAwatan spa tangan juga melibatkan rendaman dalam air garam suam. Kemudian di buat skrub untuk menghalus dan mencerahkan kulit tangan
- Rawatan Kuku Tangan atau Menicure
Rawatan kuku tangan juga melibatkan rendaman. Kuku akan dipotong, dibuang kotoran, dan dilicinkan menggunakan alat pengikis kuku.
Rawatan Kaki dan tangan ini antara rawatan yang boleh dibuat denan pantas . Biasanya saya mendapat t empahan dari sekumpulan wanita untuk majlis -majlis seperti berinai.
Monday, October 8, 2018
Rawatan Badan
Rawatan badan adalah antara rawatan yang biasanya ditempah oleh golongan tertentu. Tidak semua wanita mendapatkan perkhidmatan ini.
Jom kita lihat, apakah jenis-jenis rawatan badan yang selalu ditawarkan di pusat-pusat spa:
1. Skrub Badan atau Lulur
2. Urutan. Ada pelbagai jenis urutan dalam kategori ini
3. Mandian Herba atau Sauna
4. Mandian Susu dan Bunga
Ini adalah rawatan asas. Tetapi semakin banyak pusat spa yang memperkenalkan pelbagai rawatan moden juga tradisional dalam pakej rawatan mereka. Ada juga yang menggunakan peralatan dan mesing yang serba canggih.
Sudah tentu harga rawatannya juga mahal
Bagi anda yang baru nak mulakan bisnes spa, anda hanya perlu belajar rawatan asas yang mudah. Pengalaman saya, sehingga sekarang saya tak sempat nak belajar rawatan-rawatan baru disebabkan dengan ilmu rawatan yang asas pun dah tak menang tangan dibuatnya.
Rawatan badan biasanya ditempah oleh wanita yang lebih matang antaranya wanita yang bakal berkahwin, wanita dalam pantang dan habis berpantang dan juga wanita dah berkahwin yang nak sentiasa kelihatan cantik untuk suami.
Walaupun tempahan tidak semeriah rawatan wajah, tetapi ia tetap menjadi pilihan ramai wanita kerana ia dapat memberikan kerehatan kepada para wanita setelah penat bekerja dan mengurus rumahtangga.
Rawatan Wajah
Rawatan wajah adalah rawatan yang biasanya sangat sinonim dengan spa. Apabila sebut spa , mesti ramai yang terbayangkan rawatan wajah.
Ia rawatan spa yang paling tinggi permintaan. Kerana ramai wanita mendifinisikan cantik itu bermula dari wajah. Kerana wajah adalah yang mula-mula sekali diperhati.
Dalam banyak-banyak langkah rawatan, rawatan wajah adalah rawatan paling terperinci.
Dalam kursus spa kami, ia mengambil masa paling lama untuk peserta belajar keseluruhan teknik.
Terdapat 7 langkah rawatan wajah yang asas.
1. Mencuci dengan pencuci muka
2. Mengewap muka
3. Membuat skrub muka
4. Membuang blackhead dan whitehead
5. Menyapu topeng wajah
6. Membuat urutan wajah dan mata
7. Menyapu penyegar, pelembap, serum dan sebarang tambahan servis
7. Rawatan untuk menaikkan wajah
Setiap rawatan ini sebenarnya hampir sama sahaja teknik urutan dan sapuan. Yang membezakan antara kursus-kursus spa adalah produk yang digunakan dan juga teknik rahsia setiap pengajar.
Saya dah banyak pergi ke pusat rawatan spa sebelum saya berkecimpung dalam bidang spa ini. Kebanyakan spa menggunakan produk yang saya ragui sumber dan kualitinya. Kalau tanya lebih-lebih, tak senang pula pemilik nya kan.
Teknik urutan wajah pada setiap langkah rawatan boleh didapati secara meluas di youtube dan google. Kebanyakannya ia adalah teknik yang sama.
Berikut adalah beberapa teknik urutan yang digunakan semasa mencuci , membuat skrub dan membuat urutan
**gambar
Kita sebagai terapis kecantikan juga perlu ada ilmu-ilmu penjagaan wajah untuk dikongsi kepada pelanggan supaya ia menajdi nilai tambah kepada perkhidmatan spa kita
Sunday, September 16, 2018
Modul Perkhidmatan Spa Kecantikan dan Kesihatan
Ebook Mula Bisnes Spa ini kami dedikasikan khas kepada anda yang berminat menjalankan Perkhidmatan spa yang paling common iaitu Spa Kecantikan dan Kesihatan atau spa harian. Ini kerana ia antar ayang paling mudah untuk kita yang baru nak bermula jalankan.
Tidak seperti spa medis dan lain-lain spa yang memerlukan kemahiran khas untuk bermula.
Untuk spa jenis ini pun insyaallah anda dah tak menang tangan
Baiklah, apa dia modul perkhidmatan spa yang biasa ditawarkan . Kebanyakan kursus spa fokus kepada kursus facial dan biasanya tempoh kursus mengambil masa 1 hari untuk facial sahaja.
Kemudian modul lain diajar pada kursus yang berlainan. Kalau ada pun yang dilaksanakan secara pakej, ia mengambil masa 2 hingga 5 hari. Berkenaan pemilihan kursus spa saya akan kongsikan dalam tajuk lain nanti. Cuma saya nak tekankan bahawa kita perlu bijak memilih jenis kursus dan sudah tentu impak kewangannya.
Jadi, mari kita tengok, apakah modul yang patut kita pelajari. Nak belajar facial saja ke, atau nak belajar juga modul-modul lain.
Antara modul-modul rawatan spa kecantikan dan kesihatan adalah seperti berikut:
- Rawatan Facial dan Face Lifting
Rawatan muka atau lebih mudah disebut facial adalah rawatan yang dilakukan untuk mencuci wajah disamping membuang sel kulit mati, melembutkan, mencerahkan dan merawat kulit. Ia selalu dibuat secara berpakej dengan urutan wajah dan mata serta face lifting untuk menegangkan wajah dan mendapatkan V shape yang ramai wanita suka, nak muka nampak lebih tirus tanpa pembedahan
- Rawatan Badan
Rawatan badan selalunya merangkumi rawatan bersauna, skrub atau lulur badan dan juga mandian susu. Ia bertujuan menghaluskan kulit, mencerahkan dan membuang sel kulit mati. Disamping itu ia juga dapat memberi kerehatankepad abadang yang penat
- Rawatan Kaki dan Tangan
Rawatan kaki dan tangan melibatkan manicure dan pedicure dan juga spa kaki dan tangan dengan teknik urutan, skrub dan rendaman
- Rawatan Berpakej
Rawatan secara pakej selalunya akan lebih menguntungkan. Jika kursus yang diambil merangkumi banyak modul, boleh lah anda tawarkan secara pakej.
Kos untuk memulakan bisnes spa adalah perkara utama yang menjadi faktor untuk seseorang memulakan bisnes spa. Oleh itu, perlu buat sedikit pembacaan dan carian berkenaan kursus-kursus yang dianjurkan.

Konsep Perkhidmatan Spa
Ada dua konsep spa yang biasanya dijalankan oleh team spa saya. Semasa kursus spa, kita akan terangkan secara terperinci bagaimana ia dijalankan, golongan mana yang sesuai jalankan konsep yang tertentu, supa golongan sasaran termasuk kelebihan dan kelemahan setiap konsep tersebut.
Kemudian terpulang kepada peserta kami untuk jalankan bisnes spa mereka mengikut konsep plihan yang mana
Ada dua konsep spa popular iaitu anda menjalankan bisnes secara Home Spa atau anda menjalankan bisnes secara Mobile Spa
Baiklah, mari kita lihat satu persatu.
Home Spa atau Spa di Rumah
Home Spa adalah konsep dimana pelanggan datang kepada kita. Ia sangat sesuai dijalankan oleh surirumah yang masih anak-anak yang perlu pengawasan di rumah. Semasa pelanggan datang, anak-anak boleh diuruskan dengan baik supaya dapat beri perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Boleh bermula dengan peralatan yang ada dulu, katil spa boleh guna katil biasa cuma tambahkan dekorasi supaya pelanggan rasa suasana dah ala-ala di salon.
Kelebihan Home Spa
- Pelanggan yang datang dapat menikmati hampir semua servis termasuk sauna dan mungkin juga mandian susu dalam bath tub
- Pelanggan tak perlu fikir nak sediakan ruang untuk spa terapis di rumah mereka sendiri
- Pemilik home spa boleh berkreativiti mewujudkan ruang spa yang mereka suka seperti di salon
- Pemilik spa tak perlu keluar ke rumah pelanggan
- Jimat sewaan kedai
Kelemahan Home Spa
- Pelanggan lebih suka spa terapis datang ke rumah keran amereka sibuk dan malas keluar rumah
- Kurang privasi di rumah sendiri ( boleh diatasi dengan perancangan ruang yang betul)
Mobile Spa atau Spa Bergerak
Mobile spa adalah konsep dimana kita pergi kepada pelanggan. Ia sangat sesuai dijalankan oleh mereka yang tidak terikat dengan keluarga dan anak kecil seperti orang yang masih belum berkeluarga, pelajar dan ibu tunggal ataupun wanita yang telah berusia.
Dalam team spa kami, mobile spa dipelopori mereka yang belum berkahwin dan juga dari kalangan pelajar IPT. Mereka yang bujang ni balik kerja terus sambung buat mobile spa hingga malam. Memang buat duit sungguh .
Di kalangan mereka yang telah berkahwin juga da buat mobile spa, tetapi atas persetujuan dan kerjasama dengan suami atau penjaga.
Kelebihan Mobile Spa
- Permintaan tinggi untuk servis bergerak ke rumah
- Tidak perlu sediakan ruang spa di rumah
- Persediaan yang minima sahaja di rumah pelanggan, mengikut apa yang tersedia sahaja
Kelemahan Mobile Spa
- Tidak ramai yang dapat buat mobile spa atas kekangan keluarga (masih boleh diatur bersama keluarga)
- Keselamatan perlu diutamakan, ada ibu bapa atau suami yang kurang setuju. Tetapi semenjak peserta team kami menjalankan mobile spa, belum ada perkara tak diingini berlaku kerana kita bagi servis pun kepada yang kita kenal dan juga kenalan kepada kenalan kita.
Kedua-dua konsep di atas ada pro dan kontranya. Dalam team kami, kami memang buat kedua-duanya. Dalam team, semasa training dan dalam kumpulan sokongan sangat banyak informasi yang membantu peserta untuk lebih maju dalam bisnes spa yang mereka lakukan.
Kekuatan kursus spa kami adalah kumpulan sokongan dalam media sosial , kami gunakan Telegram Support Group. Nanti saya terangkan di penulisan seterusnya.
Kategori Perkhidmatan Spa
Perkhidmatan spa semakin berkembang pesat mengikut keperluan dan kreativiti penyedia spa.
Namun ia berbalik pada konsep kalau tiada permintaan mana kan ada pengeluaran. Konsep demand & supply. Begitu juga perkembangan spa di peringkat global dan tak terkecuali di Malaysia.
Terdapat banyak kategori spa sebenarnya, tetapi orang awam hanya lebih terdedah kepada konsep spa kecantikan atau salun keantikan. Antara kategori spa yang ada ialah:
1. Perkhidmatan Spa Harian
Spa harian adalah spa yang paling common. Ia menyediakan perkhidmatan setiap hari dan boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Menu spa adalah perawatan untuk kesegaran badan merangkumi rawatan muka, badan, kaki dan tangan
2. Perkhidmatan Spa Menyeluruh
Juga dikenali sebagai spa total merangkumi perubahan gaya hidup sesorang. Ia mengambil masa beberapa hari dan biasanya dibuat di lokasi atau destinasi yang terpilih dan ekslusif . Rawatannya melibatkan bimbingan mengubah pola gaya hidup termasuk corak pemakanan dan lain-lain
Ia juga dikenali sebagai Spa Destinasi
3. Perkhidmatan Spa Hotel / Resort
Ia adalah spa yang dijalankan di hotel bertujuan memberi kesegaran kepada pengunjung hotel
4. Perkhidmatan Spa Medis
Perkhidmatan ini lebih menumpun kepada aspek rawatan menggunakan peralatan dan teknologi. Ia adalah rawatan kosmetik yang melibatkan penggunaan laser, suntikan dan operasi kecil . Biasanya diawasi atau dilaksanakan oleh doktor yang berlesen dalam bidang tersebut. Ada yang sebut ia sebagai spa aesthetic.
5. Perkhidmatan Spa Kesihatan
Spa kesihatan lebih menumpukan kepada penjagaan kesihatan. Dilakukan oleh ahli terapi mengikut bidang.
6. Perkhidmatan Spa Kelab
Spa Kelab adalah spa-spa yang disediakan di kelab-kelab untuk ahlinya secara ekslusif
7. Perkhidmatan Spa Lapangan Terbang
Perkhidmatan spa lapangan terbang menyediakan tempat-tempat rehat untuk penumpang pesawat sebelum berlepas. Ia biasanya tersedia dalam bentuk kerusi urutan sahaja.
Banyak kategori perkhidmatan spa yang ada di Malaysia, jadi kita perlu tentukan spa yang bagaimana kita nak jalankan. Kebanyakan orang membuka Spa Harian yang lebih mudah dan tidak perlu kepakaran bidang tertentu.

Thursday, September 13, 2018
Kenapa Wanita Nak Rawatan Spa
Apakah tujuan wanita suka nak pergi ke pusat rawatan spa. Jika ditanya, saya pasti semua wanita nak ke spa, tetapi mereka jarang dapat luangkan masa. Ada yang tak pernah dan ada yang dah lama atau jarang - jarang sekali ke spa
Apakah yang wanita cari dan apakah yang mereka akan dapat jika mengunjungi spa.
Saya kongsi pengalaman saya sendiri.
Sejak zaman saya belajar di universti lagi, seingat saya pada tahun akhir, saya dah mula mengunjungi pusat rawatan spa. Saya pun dahtak ingat siapa yang mula mempengaruhi saya ke sana.
Masa tu apa yang saya fikir, mestilah nak cantik. Dan dalam masa sama, saya nak rasa relax. Sebagai reward kepada saya setelah berjaga malam menyiapkan design proposal .
Rasanya relax sama macam kita pergi potong dan cuci rambut. Best bila badan kita dibelai dan disegarkan dengan urutan.
Cuma masa tu saya tak fikir langsung bab produk apa yang spa tu dah sapu kat muka saya.
Seingat saya, saya pergi spa tapi kulit wajah saya tak macam orang pergi spa, saya mengalami jerawat yang teruk sehingga semasa saya nak berkahwin, parut herawat terpaksa tutup dengan foundation tebal
Jadi, apa dia kesimpulannya wanita nak mengunjungi pusat spa.
1. Nak cantik atau obses sangat nak cantik selepas rawatan pertama lagi
2. Nak merehatkan badan dan minda
3. Nak lari sebentar dari kesibukan
4. Nak reward diri setelah penat bekerja dan buat urusan keluarga.
5. Ber networking

Subscribe to:
Posts (Atom)