Saya mengkagumi orang bisnes yang mampu menguruskan perniagaan yang besar, mempunyai pekerja yang ramai dan aset syarikat yang banyak.
Banyak sumber yang perlu diurus dengan cekap. Tanggungjawab juga sangat besar.
Seperti yang anda sedia maklum, saya tidak mempunyai pekerja, saya menjalankan bisnes spa saya sendirian tetapi saya masih mempunyai networking bisnes.
Saya mempunyai ejen spa diseluruh Malaysia. jadi pengurusan sumber saya lebih minima dan memudahkan saya.
Kenapa saya tidak mahu membuka salon dan menggaji pekerja, telah saya ceritakan dalam penulisan sebelum ini. Saya akan ceritakan tentang cara saya menguruskan spa saya dengan ramai ejen spa seluruh Malaysia di bab pemasaran nanti.
Kali ini , saya nak bawakan anda untuk menghalusi tugas-tugas pengurusan dalam bisnes spa, tidak kira anda nak buka salon atau nak buat bisnes seperti saya sahaja.
Pengurusan Sumber Manusia
Jika membuka salon, anda perlu sekurang-kurangnya 3 orang pekerja. Seorang untuk bantu anda dalam pengurusan kedai seperti mengatur temujanji, menyemak dan menyusun stok, mengurus akaun dan lain-lain. 2 orang sebagai spa terapis.
Pengurusan Peralatan dan Mesin
Bagi yang berhasrat membuka spa, anda perlu ada beberapa set peralatan seperti
Katil
Steamer stand
Lampu
Sauna
Bath tub
Peralatan-peralatan kecil
Perlu penjagaan yang baik bagi memastikan ia diguna sebaiknya
Pengurusan Bahan
Bahan-bahan dan stok bisnes spa perlu diurus dengan baik, bermula dari anda membeli, menyusun dan yang penting rancang penggunaan stok ini dengan baik supaya anda dapat keuntungan maksimum dari bahan yang dibeli
Apakah dia bahan yang nak diurus?
Untuk Facial - Pencuci muka, bahan skrub, bahan penyegar, bahan masker
Untuk Rawatan Badan - Bahan untuk sauna, bahan untuk mandian susu
Anda juga perlu pastikan stok ini tidak luput tarikh
Pengurusan SOP Bisnes
Ini adalah bahagian yang paling penting juga dalam bisnes spa anda
JIka anda membuka salon, lebih besar SOP anda dan banyak perkara perlu dipertimbangkan
Berbeza jika anda hanya buat bisnes spa tanpa kedai, ia sangat mudah dan simple.
No comments:
Post a Comment