Wanita sememangnya dijadikan unik. Betul kan. Seorang wanita punya banyak sangat keperluan. Sebab itu, jual lah apa pun yang berkaitan wanita, mesti laris. Apa saja bisnes yang ada kaitan dengan kesukaan dan minat wanit memang tidak pernah membosankan.
Untuk wanita setiap inci tubuhnya, semua ada produk khas yang melariskan jualan peniaga-peniaga di luar sana. Nampak macam wanita ni lubuk rezeki kan. Kita wanita, maka kita tentu lebih faham kehendak kita, betul?
Oleh sebab itu, jika anda baru nak mula berbisnes, baru nak mula survey-survey bisnes apa yang anda nak buat, pilihlah bisnes yang ada kaitan dengan keperluan wanita. Wanita memang sangat tinggi kuasa beli
Bisnes yang bagus melibatkan keperluan wanita, yang dapat selesaikan masalah wanita, yang dapat mudahkan urusan wanita, mesti lebih mudah bagi anda yang baru nak mula buat bisnes. Ok, jom tengok apa bisnes yang melibatkan wanita yang dapat sambutan sangat sekarang ni:
Bisnes Produk Kecantikan dan Kesihatan
Bisnes Pakaian
Bisnes Barang Baby dan Anak2
Bisnes Barangan Runcit
Bisnes Barang Hiasan Dalaman
Bisnes Barangan Dapur
Bisnes Perkhidmatan seperti Spa, Jurulatih Fitness dan lain-lain
Dalam banyak-banyak bisnes ni, saya memilih bisnes spa setelah membuat kajian dan survey yang mendalam. Ini kerana permintaan spa ni sangat trending sekarang ni. Bisnes ni juga hanya perlu modal semasa permulaan dan modal nya juga tidak terlalu tinggi jika anda pandai memilih jenis-jenis kursus dan penyedia latihan spa.
Bersesuaian sangat dengan keadaan sekarang yang semua orang sibuk dan tak ada masa untuk mengunjungi pusat rawatan spa.
No comments:
Post a Comment