Bisnes nampak gah, yang mengunjungi butik-butik spa ni juga wanita-wanita kaya dan dari kalangan datin juga orang berada. Tetapi dari pemerhatian saya, salon kecantikan sebegini tidak dikunjungi ramai orang. Saya selalu terfikir, untung ke owner spa ni.
Hakikatnya tak semua owner spa ni mendapat keuntungan yang banyak. Rata-rata mereka berhadapan kos overhead yang tinggi dan pengunjung kurang meriah.
Jadi, sebelum anda terfikir nak buat pinjaman bank berpuluh ribu untuk buat sebuah salon kecantikan, lebih baik anda cuba pertimbangkan untuk buat bisnes spa ni secara mobile dahulu. Senang kata, kita boleh mula dengan apa yang kita ada saja dahulu.
Dalam kursus spa yang kami anjurkan, memang ramai peserta dari kalangan mereka yang telah pernah buka spa. Mereka tak dapat survive dan semakin rugi. Sebab itu mereka mencari-cari alternatif untuk memajukan perniagaan.
Mobile spa atau perkhidmatan spa terus ke rumah pelanggan semakin mendapat perhatian. Bayangkanlah, wanita yang sibuk tak dapat keluar rumah, hanya buat temujanji dan terapis kecantikan terus datang ke depan pintu rumah.
Kelebihan Spa Bergerak Tanpa Kedai kepada Pelanggan:
1. Mereka tak perlu meninggalkan rumah
2. Mereka tak perlu bersusah payah mencari tempat letak kereta
3. Mereka boleh menikmati rawatan dengan selesa di rumah sendiri
4. Mereka masih dapat memantau anak-anak di rumah
5. Mereka jimat masa untuk keluar
dan ada banyak lagi sebenarnya.
Kelebihan Spa Bergerak Tanpa Kedai kepada Pemilik Spa
1. Tidak perlu sewa kedai
2. Tidak perlu sediakan katil dan peralatan spa yang mencecahmodal puluh ribu ringgit
3. Tiada kos overhead yang banyak. Kos transportation pun pelanggan bayar
4. Hampir tiada risiko kerugian dan bankrap
5. Tidak terikat waktu operasi premis kerana semua tempahan dibuat melalui temujanji
6. Tidak pening kepala uruskan pekerja dan stok yang banyak
dan banyak lagi
Jadi, bagaimana ?
Adakah anda dah bersedia dan rasa bersemangat untuk mulakan bisnes spa tanpa kedai anda ?
No comments:
Post a Comment