Pemasaran yang baik saja tidak akan berjaya jika produk dan servis yang ditawarkan tidak berkualiti. Produk dan servis yang berkualiti pula tidak akan laris kalau tiada perancangan pemasaran yang bagus
Apabila anda nak memulakan bisnes spa anda, dua perkara ini kedua-duanya ada dalam perkhidmatan spa. Anda ada produk yang akan digunakan untuk anda menjalan servis spa anda.
Produk Untuk Kegunaan Spa
JIka anda pergi ke pusat spa, adakah anda pernah tanya bahan apa yang digunakan untuk mandian susu, produk jenama apa yang digunakan untuk facial muka anda. Boleh dikatakan kedai spa ni ada beberapa standard.
i. Spa yang ekslusif hanya menggunakan produk keluaran syarikat tertentu yang ada jenama seperti .
ii. Spa tahap sederhana yang banyak terdapat di Malaysia yang menggunakan produk yang dijual di kedai-kedai pembekal bahan spa. Adakah anda yakin tentang ciri-ciri produk yang dijual di kedai borong barangan spa ini. Ada bermacam jenama dan secara keseluruhannya ia produk repack
iii. Spa yang menggunakan produk buatan sendiri dan produk timbang kilo
Jadi, kita kena pastikan produk bagaimana yang pengguna suka dan menjadi pilihan. Pelanggan sekarang dah semakin berpengetahuan tentang kepentingan memilih produk penjagaan wajah yang betul-betul selamat dan berkesan.
Perlu pastikan ini terlebih dahulu supaya anda lebih yakin untuk melancarkan pemasaran produk dan servis anda.
Servis Spa
Perkhidmatan yang anda tawarkan mestilah jelas, memenuhi kehendak pelanggan, ada kelainan berbanding spa lain.
Perlu juga ada kreativiti dalam menawarkan servis untuk menarik pelanggan melalui pemasaran yang dibuat.
No comments:
Post a Comment